KUALA LUMPUR:Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) meminta penduduk menyimpan air secukupnya pada 9 Oktober susulan penutupan penuh operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk tempoh 12 jam.
Penutupan akan menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dan secara keseluruhannya melibatkan 342,000 akaun pengguna.
Syabas dalam kenyataannya memberitahu, henti tugas itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja penggantian perkakasan di loji terlibat.
Tempoh pemulihan bekalan air selepas pengoperasian semula kepada pengguna akan berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada geografi.
Syabas bagaimanapun akan membuka tujuh Pusat Khidmat Setempat yang akan beroperasi 24 jam bermula 9.00 pagi Selasa.
Antara lokasi PKS adalah Taman Rekreasi Wawasan, Persiaran Wawasan Puchong, Pusat Perdagangan Seri Kembangan dan Rumah Pam Taman Equine bagi daerah Petaling.
Bagi Hulu Langat pula berhampiran Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Dua PKS akan beroperasi di Sepang iaitu bertempat di Masjid Taman Putra Perdana, Puching dan Putrajaya Sentral, Persint 7, Putrajaya.
Sementara bagi daerah Kuala Langat, PKS akan beroperasi di Jalan Palas 10, Taman Dato' Hormat, Telok Panglima Garang.
Maklumat terkini boleh didapati di www.syabas.com.my, Facebook dan Twitter Air Selangor atau aplikasi telefon pintar Air Selangor.
Untuk bantuan bekalan air kecemasan, pengguna boleh SMS Tanker(Nama)(Alamat) ke 15300 atau WhatApp ke 019-261 6793 atau 019-281 6793.
Astro Awani
Mon Oct 08 2018

342,000 akaun pengguna akan terjejas dengan penutupan penuh LRA Sungai Semenyih pada 9 Oktober 2018 selama 12 jam-gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

JMB perlu selesai isu meter individu - Kor Ming
Aie Selangor akan berbincang dengan JMB mengenai migrasi akaun meter pukal kepada akaun bekalan air meter individu bagi menyelesaikan masalah pemotongan bekalan air secara keseluruhan.

Portal MyAssist MSME, kemudahan pusat sehenti bantu PKS - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Portal MyAssist MSME sebagai satu solusi norma baharu bagi keperluan fasilitasi perniagaan PKS.

Kepimpinan UMNO digesa sokong segala inisiatif tangani pandemik COVID-19
Seluruh kepimpinan UMNO diseru agar berganding bahu mempergiatkan usaha diperingkat masing-masing untuk menyokong segala inisiatif menangani pandemik COVID-19.

Gangguan air: 948 kawasan pulih sepenuhnya, 344 masih dalam proses pemulihan
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang sepatutnya sudah pulih pada 12 tengah malam tadi.

'Tahniah petugas barisan hadapan! Tahniah rakyat Malaysia!' - PM
Jelas Muhyiddin, jumlah kes harian tempatan menurun sehingga merekodkan angka satu digit sejak akhir-akhir ini.

PKP, PKPB berjaya turunkan kadar jangkitan COVID-19 - PM
Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan sedang memasuki fasa pemulihan ketika ini.

Pelajar Politeknik PD hasil pelindung muka 3D
Penghasilan pelindung muka tersebut menggunakan teknologi potongan laser serta cetakan 3D. - KPT

"Anda adalah manusia yang hebat," Perdana Menteri puji rakyat Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi manusia yang hebat dalam mengharungi kesusahan sepanjang negara dilanda COVID-19.

Air Selangor pemegang lesen tunggal perkhidmatan air mulai 13 Sept
CEO Air Selangor berkata pihaknya berjaya memuktamadkan sepenuhnya penstrukturan industri bekalan air selepas menyempurnakan pengambil alihan lima syarikat konsesi milik swasta.

Ladang babi curi air bersih diserbu SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan satu serbuan ke atas sebuah ladang ternakan babi di Kampung Tumbuk Pantai, Tanjung Sepat, di Sepang, Selangor siang tadi.