Sebanyak 33 kes jenayah melibatkan senjata api berjaya diselesaikan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Penyelesaian kes tersebut melibatkan 116 jumlah kes jenayah senjata api keseluruhan dalam tempoh itu.

Namun begitu, jumlah kes keseluruhan yang berlaku sepanjang tempoh dalam tahun ini agak tinggi berbanding tahun lalu dimana hanya 101 kes jenayah senjata api yang berlaku yang melibatkan penyelesaian kes sebanyak 41 kes.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kenyataan bertulisnya terhadap soalan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him menjelaskan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak menafikan bahawa sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah senjata api sering dilaporkan oleh media.

“Kejadian tembak samada untuk tujuan membunuh atau cubaan membunuh adalah disebabkan oleh pelbagai motif seperti terlibat dengan aktiviti kongsi gelap, aktiviti dadah, perselisihan faham keluarga, samun, rompak dan curi, hutang, perselisihan faham mengenai kerja, cuai, cemburu dan banyak juga yang tujuannya masih ‘belum pasti’,” kata Zahid.

Dari tujuan-tujuan tersebut, punca ‘belum pasti’ merupakan paling tinggi iaitu sebanyak 29 kes manakala penglibatan dengan aktiviti kongsi gelap dan aktiviti dadah pula menyusul dengan 18 dan 11 kes.

Beliau jamin Kementeria menerusi PDRM sentiasa memandang serius kes jenayah senjata api ini dan telah menubuhkan ssatu pasukan khas bagi menangani masalah ini

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dalam soalannya bertanya mengenai punca kekerapan kejadian kes membunuh dengan senjata api di tempat awam sejak kebelkangan ini dan berapa banyak kes yang telah berjaya diselesai, dituduh dan dijatuhi hukuman sejak tahun 2008 sehingga hari ini.