Sebanyak 31 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh seminggu di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata Pasukan Petugas Pematuhan SOP PKPP terdiri daripada anggota polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan penguat kuasa Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan ke beberapa premis sekitar bandar Port Dickson, Lukut dan Teluk Kemang.
"Operasi pematuhan turut tertumpu di kawasan pantai yang kerap dikunjungi pelawat yang dibuka kepada orang awam sejak 13 Jun lepas," katanya dalam kenyataan di sini.
Pasukan petugas juga mengeluarkan dua kompaun terhadap dua lelaki yang minum minuman keras sehingga mabuk di tepi pantai Sunshine Bay, Jalan Pantai Port Dickson, Sabtu lepas, katanya sambil menambah pihaknya secara berterusan mendidik masyarakat agar mematuhi SOP PKPP sehingga 31 Ogos, nanti.
Katanya, operasi pematuhan diperhebatkan pada hujung minggu dengan tumpuan dilakukan di sepanjang pantai Port Dickson dan orang ramai juga diingatkan bahawa sebarang aktiviti selepas pukul 12 malam, adalah dilarang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 01 2020

Pasukan petugas juga mengeluarkan dua kompaun terhadap dua lelaki yang minum minuman keras sehingga mabuk di tepi pantai Sunshine Bay, Jalan Pantai Port Dickson, Sabtu lepas. - Gambar hiasan
Agenda AWANI Asia: akses produk elektronik yang sihat untuk kanak-kanak
Diskusi dan analisis mengenai penggunaan peranti elektronik di kalangan kanak-kanak serta akses maklumat yang tidak benar dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
63,000 tan makanan masih menanti kebenaran masuk ke Gaza - PBB
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
JAKIM panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan nabi
JAKIM memanggil seorang individu dikesan membuat hantaran dalam laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme, dipercayai mengaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.
AWANI Ringkas: 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN umum calon 5 atau 6 April
BN umum calon lebih awal pada PRK Ayer Kuning dan sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.

Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.
'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres di Johor Bahru.

Nurul Izzah Izzati lebur rekod kebangsaan acara pecut di Turkiye
Atlet berusia 22 tahun itu memadam rekod 10.658s yang diciptanya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Nilai bulan lepas.
#AWANIRingkas 15 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Mac 2025
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
AWANI Borneo [15/3/2025] – Amaran risiko banjir | Permintaan tinggi | Inisiatif ringankan beban
#AWANIBorneo bersama Irfan Faruqi
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman

Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.

Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.

Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.

24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.

Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.

Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.

Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.