PORT DICKSON: Pemandu sebuah lori tangki yang didapati memandu di lorong kecemasan untuk memotong di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson telah tampil di Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 34 tahun itu datang ke balai polis setelah mendapati rakaman videonya memandu di lorong kecemasan tular di media sosial.
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan polis meminta pemandu lori tangki terbabit tampil selepas video berdurasi 16 saat yang memaparkan tindakannya tular di Facebook pada Ahad.
BACA: Pemandu lori tangki guna lorong kecemasan dicari
Aidi Sham berkata, berdasarkan rakaman video itu, kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu antara jam 2 hingga 4 petang di lebuh raya terbabit dari arah Seremban ke Port Dickson.
"Semasa kejadian, keadaan lebuh raya sesak dengan kenderaan.
"Polis telah mengesan kenderaan terbabit yang didaftarkan pada sebuah Syarikat Pengangkutan beralamat di Bukit Raja Shah Alam," ujarnya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya mengamalkan etika pemanduan yang baik, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan sikap toleransi di atas jalan raya supaya tidak mendatangkan kesulitan pada orang lain.
"Polis juga tidak berkompromi pada mana-mana pemandu atau penunggang yang mengambil jalan pintas dan berlagak sebagai 'raja' di lebuh raya bagi menjamin keselamatan pengguna lain," jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021

Pemandu lori tangki hadir ke balai polis untuk siasatan lanjut. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Pemandu buat pusingan U sebabkan nahas dua remaja maut, didenda RM7,000
Pemandu lori tangki yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Mac lalu, didenda RM7,000.

Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.