Sejumlah 300 pegawai dan anggota Rejimen 514 Askar Wataniah di bawah perintah Markas Artileri 3 Divisyen yang berpangkalan Kem Bukit Beruang membantu pihak berkuasa dalam Ops Penawar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata anggota rejimen itu diperintah Brigidier Jeneral Noor Sazali Puteh terlibat dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Rondaan Berkenderaan bagi membantu ganti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang operasi itu.
Beliau berkata sepanjang operasi itu, anggota rejimen tersebut berpangkalan di Akademi Kastam Diraja Malaysia di Bukit Baru dengan kelulusan Kerajaan Negeri Melaka.
Sulaiman berkata operasi itu diusahakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Melaka.
"Saya selaku Penaung JAKPAW Negeri Melaka berharap lebih ramai anggota Askar Wataniah dapat menyahut seruan dan tampil menyertai Ops Penawar dengan melapor diri di Rejimen 514 Askar Wataniah Negeri Melaka," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Difahamkan terdapat anggota bertugas datang dari Cameron Highland, Pahang dan Johor Bahru, Johor.
Sulaiman berkata sebanyak empat terowong sanitasi disediakan Jabatan Kerja Raya Melaka untuk kegunaan anggota yang balik bertugas daripada operasi itu bagi menyah kuman diri mereka.
Beliau juga berkata kerajaan negeri akan lebih tegas dalam pelaksanaan PKP fasa tiga dan meminta rakyat Melaka terus mematuhi prosedur yang digariskan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
"Harapan saya jika ini semua dapat dipatuhi, Melaka akan menjadi negeri pertama bebas daripada COVID-19 sekali gus kita dapat memulihkan ekonomi negeri dan semua aktiviti dapat berjalan seperti biasa," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana membenarkan fasiliti Akademi Kastam Diraja Malaysia digunakan sebagai penempatan pasukan rejimen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 12 2020
![300 pegawai, anggota askar Wataniah bantu Ops Penawar 300 pegawai, anggota askar Wataniah bantu Ops Penawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507214760_AskarWataniah.jpg)
Sejumlah 300 pegawai dan anggota Rejimen 514 Askar Wataniah di bawah perintah Markas Artileri 3 Divisyen yang berpangkalan Kem Bukit Beruang membantu pihak berkuasa dalam Ops Penawar sepanjang PKP di Melaka. - Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738660554_MohdNizamJaffar.jpg)
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
![Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707453685_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
![Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23 Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738313449_tbMohdNizamJaffar.jpg)
Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
![Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737381705_MohamedKhaledNord.jpg)
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
![MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736759906_TBADLY.jpg)
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
![JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734346345_tbSemaonMarjuki.jpg)
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
![TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14 TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733196017_TBSultanIbrahim.jpg)
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
![Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731398825_MohamedKhaledNordi.jpg)
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
![Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.