KUALA LUMPUR: Sebanyak 300,000 naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa telah diedarkan ke beberapa negara oleh kerajaan sejak inisiatif mencetak satu juta naskhah kitab suci itu dilaksanakan awal tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata daripada jumlah itu 200,000 naskhah telah dicetak dengan terjemahan bahasa Inggeris, manakala selebihnya dalam bahasa lain seperti bahasa Sweden, Mandarin, Khmer dan Perancis.
"Setakat ini, Alhamdulillah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Restu, 300,000 naskhah terjemahan al-Quran pelbagai bahasa telah dicetak sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu di Sweden tahun lepas.
"Antara negara yang sudah kita hantar terjemahan al-Quran ialah England, Tanzania, Afrika Selatan, Kanada, Australia dan New Zealand," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Nota Rohani terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
Pada Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap insiden membakar kitab suci umat Islam itu di Sweden.
Mohd Na'im juga berkata pihaknya menyasarkan keseluruhan baki naskhah yang akan dicetak, diedarkan menjelang hujung tahun ini.
Justeru, beliau berharap supaya orang ramai terlibat dalam mewaqafkan kitab suci itu dengan jumlah RM38 senaskhah dalam memastikan misi itu dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Mohd Na'im berkata daripada jumlah itu 200,000 naskhah telah dicetak dengan terjemahan bahasa Inggeris, manakala selebihnya dalam bahasa lain seperti bahasa Sweden, Mandarin, Khmer dan Perancis. - Gambar fail
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.