KOTA BELUD: Kegembiraan 20 pelancong tempatan di Eko Pelancongan Kampung Kaung Malaan bertukar cemas apabila kepala air dari Gunung Kinabalu melanda kawasan pelancongan tersebut.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, dua kumpulan pelancong daripada Sepanggar dan Ranau sedang beriadah di tepi sungai sebelum kepala air melanda kawasan tersebut secara tiba-tiba.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, mereka yang panik kemudian bergegas menyelamatkan diri di sebuah dewan terbuka di tempat lebih tinggi sementara menunggu ketibaan bomba.
"Seramai 20 orang pelancong dari Ranau dan Sepanggar serta 10 orang staf di Eko Pelancongan Kampung Kaung Malaan terperangkap sewaktu kejadian kepala air berlaku.
"Mangsa bergegas menyelamatkan diri di sebuah dewan terbuka di tempat tinggi sementara menanti ketibaan bomba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambah beliau, sewaktu kejadian dua kenderaan milik staf Eko Pelancongan Kampung Kaung Malaan turut ditenggelami air kerana tidak sempat dipindahkan.
Katanya, semua 30 mangsa dilaporkan selamat dan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya.
"Kejadian berlaku dalam tempoh sejam sebelum surut sepenuhnya. Mangsa kemudian masing-masing pulang ke rumah selepas itu," katanya.
Beliau turut mengesahkan tiada laporan kecedaraan atau kemalangan jiwa yang berlaku susulan kejadian itu.
Abdul Hafiz Mustadi
Fri Nov 18 2022

Sewaktu kejadian dua kenderaan milik staf Eko Pelancongan Kampung Kaung Malaan turut ditenggelami air kerana tidak sempat dipindahkan. - Gambar/ Ihsan pembaca

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.

18 rumah di Kota Belud hangus terbakar
Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.

Suami isteri maut nahas dua kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 tahun, tersepit dalam kenderaan jenis Proton Wira.

Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik - Ahmad Zahid
Pemimpin negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan 'harga mahal' bagi mencapai kepentingan politik.

Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.

Senda gurau Permaisuri sentuh hati peniaga, pengunjung Pekan Nabalu
Kunjungan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Pekan Nabalu di Kota Belud, nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung.

Remaja perempuan hanyut ketika mandi-manda ditemukan lemas
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan lemas ditemukan meninggal dunia di Daradaat View, Kampung Ratau, Kota Belud hari ini.

Rumah dijilat api, tiga beranak terjun selamatkan diri
Dalam kejadian awal pagi itu, Hanisah bersama dua anaknya mengalami cedera ringan selepas terjun dari ketinggian tiga meter.

Lelaki maut rempuh kereta parkir di bahu jalan
Kejadian yang berlaku di Jalan Botong - Rosok, di sini, jam 8.55 malam tadi menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Banjir: 25 mangsa terperangkap di pusat peranginan Polumpung Sabah
Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat.