Sekurang-kurangnya 30 warga Malaysia telah berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pelampau Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan mereka dibimbangi boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara, lapor sebuah perunding keselamatan antarabangsa.
Angka itu selari dengan beberapa laporan awal sebelum ini berhubung penglibatan warga Malaysia dalam konflik bersenjata di Syria.
Mereka yang aktif melaporkan perkembangan semasa di medan pertempuran itu bagaimanapun menafikan ada kaitan dengan ISIS sebaliknya berjuang bersama kumpulan yang menentang tentera kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Kumpulan perunding Soufan yang berpejabat di Amerika Syarikat itu turut melaporkan sekurang-kurangnya antara 50 hingga 200 warga Indonesia ikut sama menyertai ISIS.
"Negara-negara Asia Tenggara ini sekarang bimbang militan itu mungkin akan pulang dari Syria dan Iraq dengan latihan sebagai pengganas (sama seperti anggota Jemaah Islamiyah yang pulang dari Afghanistan pada 1980-an) untuk menggerakkan kempen baru," kata laporan itu.
Laporan itu menyebut kumpulan pelampau di Asia Tenggara akan menjadikan apa yang dilihat sebagai kejayaan dan kekuatan ISIS itu untuk meneruskan gesaan ke arah penubuhan negara Islam di rantau ini.
Kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) yang merupakan serpihan Jemaah Islamiyah di Indonesia serta kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina baru-baru ini menyatakan sokongan terbuka kepada ISIS.
Pemimpin JAT, Abu Bakar Basyir dilaporkan menggesa umat Islam di Indonesia untuk sama-sama berjuang dengan "saudara-saudara" dalam ISIS. Pengikut Abu Bakar bagaimanapun menafikan laporan tersebut sebaliknya mengatakan pemimpin mereka itu hanya meminta petunjuk daripada sekutu di Syria mengenai status ISIS.
Jemaah Islamiyah terlibat dalam serangan bom di Bali pada 12 Oktober 2002 yang membunuh lebih 200 orang. Tiga dalang serangan bom bunuh diri itu -- Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Mukhlas -- dihukum mati pada November 2008.
Kumpulan perunding Soufan diketuai oleh bekas pakar anti keganasan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan. Beliau berpengalaman terlibat dalam siasatan kes serangan ke atas beberapa pejabat kedutaan Amerika Syarikat di Afrika pada 1998 dan serangan ke atas kapal perang USS Cole pada Oktober 2000, kedua-duanya oleh Al-Qaeda.
Laporan kumpulan perunding itu selari dengan pendedahan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) baru-baru ini bahawa pelampau warga Malaysia yang menyertai ISIS merancang untuk melakukan serangan ganas di negara ini.
Akhbar South China Morning Post awal minggu ini memetik wawancara dengan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan hasil wawancara dengan suspek yang ditahan, kumpulan itu mahu menjatuhkan kerajaan dan menggantikannya dengan negara Islam.
"Mereka juga merancang menyerang disko dan pub di Kuala Lumpur serta kilang Carlsberg di Petaling Jaya," katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.
Polis dilaporkan menahan sekurang-kurangnya 19 suspek yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan jihad dalam masa tujuh bulan lalu tetapi angka sebenar yang terlibat kata Ayub kepada akhbar itu dipercayai lebih ramai.
Polis juga dilaporkan menyiasat laporan bahawa 15 rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di Syria pada pertengahan Jun lalu.
Astro Awani
Thu Aug 14 2014
Mereka yang aktif melaporkan perkembangan semasa di medan pertempuran itu bagaimanapun menafikan ada kaitan dengan ISIS - Gambar Fail
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Iraq isytihar berkabung 3 hari peringati pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah
Ia sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.