PUTRAJAYA:Semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan, manakala kumpulan sokongan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPB) dari 13 hingga 26 Jan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan penjawat awam, sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020.
"SOP (Prosedur Operasi Standard) PKP, PKPB dan PKPP, yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara termasuk semua arahan oleh pihak berkuasa, hendaklah dipenuhi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengenai pelaksanaan tiga kategori PKP itu.
BACA: COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri
PKP akan dilaksana di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
PKPB akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKPP di Perlis serta Sarawak.
"Ketua-ketua jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya, seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman," kata Mohd Zuki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan mengikut keperluan.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
30 peratus kumpulan pengurusan sepanjang PKP, PKPB, PKPP - KSN
Semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan.
Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan
Tourism Malaysia mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi.