LABUAN: Labuan akan meneruskan acara meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan (FT) pada tahun ini, meskipun wabak COVID-19 masih melanda negara dengan 30 program diatur dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam normal baharu.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata dengan tema 'Keluarga Malaysia'#SHWP2022, #WilayahKita #Our City Our Home, sambutan itu akan dimulakan dengan pertandingan Cabaran Tik Tok 2022 mulai dari 24 Jan hingga 28 Feb, diikut aktiviti pencahayaan Wilayah Persekutuan pada 30 Jan hingga 28 Feb.
"Walaupun sambutan diadakan dalam persekitaran normal baharu, namun melalui pematuhan SOP COVID-19 dan kawalan semasa perhimpunan, sambutan kali ini akan lebih bermakna apabila kita dapat kembali meraikannya selepas dua tahun pandemik melanda," katanya pada sidang media di Wisma Perbadanan Labuan di sini hari ini.
Rithuan berkata program lain antaranya ialah pelancaran pengibaran bendera Wilayah Persekutuan pada 3 Feb, bacaan surah Yassin dan doa selamat serta pameran Keluarga Malaysia (3 Feb), jualan kupon tempat letak kereta dan diskaun bagi bayaran saman pakir kenderaan (4 hingga 28 Feb), acara sukan dan muzik (5 hingga 28 Feb) dan Kenduri Wilayah pada 24 Feb.
Beliau berkata semua peserta acara sukan diwajibkan telah melengkapkan sekurang-kurangnya dua dos vaksin COVID-19.
"Bagi peserta dari luar Labuan, penganjur digalakkan menjalani ujian COVID-19 (jika perlu) sekurang-kurangnya ujian air liur sebelum mereka menyertai mana-mana acara sukan," katanya.
Rithuan berkata semua program berkenaan diadakan setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Memandangkan kami bimbang mengenai kemungkinan penularan jangkitan COVID-19, kami hanya membenarkan 50 peratus kapasiti penonton semasa berlangsungnya kebanyakan acara seperti muzikal, dan kami juga tidak akan membenarkan penonton masuk ke venue program seperti Konvensyen Financial Park. Dewan untuk acara Battle of the Band," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Pengawal keselamatan Irfan Dirman, 23, memperkemaskan pemasangan bendera Wilayah Persekutuan di sekitar perkarangan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 - Foto Bernama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.