Lebih 30,000 majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama enam bulan, dari April hingga September.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung majikan dan rakyat, akibat penularan COVID-19, selain memastikan pasaran pekerja tempatan terus utuh.
"Tiada sebarang pendaftaran diperlukan majikan, kerana semua majikan berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan daripada membuat caruman secara automatik," katanya.
Di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), semua majikan tergolong dalam 63 sub-sektor daripada tiga sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan serta perlombongan dan pengkuarian, yang mempunyai 10 atau lebih kakitangan adalah diwajibkan berdaftar dengan PSMB, dan membayar levi Pembangunan Sumber Manusia pada kadar satu peratus daripada keseluruhan gaji bulanan pekerja mereka.
Majikan atau pekerja yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pengecualian levi itu, boleh melayari laman sesawang www.hrdf.com.my atau menghubungi perkhidmatan pelanggan PSMB di support@hrdf.com.my atau di talian 1800-88-4800.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020

Saravanan berkata inisiatif itu merupakan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. - BERNAMA

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.