JOHOR BAHRU: Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zairy Marinsah berkata ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dan kenderaan jenis Mercedes Benz.
"Pemandu MPV Toyota Sienta dari arah Johor Bahru sedang menghala ke arah bandar Segamat, dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke aliran jalan bertentangan dan bertembung dengan Mercedes Benz yang sedang menghala ke arah Johor Bahru.
"Pemandu Toyota Sienta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Mercedes Benz dan seorang daripada penumpangnya juga disahkan meninggal dunia. Seorang lagi penumpang Mercedez Benz mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di hospital," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata saksi awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat melalui talian 07-9325811 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.24 petang dan sebanyak 10 anggota berserta satu jentera FRT, satu jentera EMRS dan satu utiliti Hilux telah dikejarkan ke tempat kejadian.
"Ketika sampai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah terbakar 70 peratus selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan Toyota Sienta.
"Di dalam kereta yang terbakar itu, terdapat tiga mangsa yang seorang telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam manakala dua lagi tersepit dan telah rentung," kata Mazuki dalam kenyataan berasingan di sini hari ini.
Beliau berkata Toyota Sienta pula telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung pada kedalaman 15 kaki dengan terdapat seorang mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis manakala yang cedera dihantar ke Hospital Segamat.
Operasi selesai sepenuhnya pada pukul 8.45 malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dan kenderaan jenis Mercedes Benz. - Gambar/ JBPM
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.
Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
Buruh maut langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut
Mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Nor Azmi Daud, 46, cedera parah.
Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan
Nur Ezyyantie Aliakbar, Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Temai, Pekan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.