GEORGE TOWN: Tiga penghuni asrama di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di Jalan Scotland, di sini, cedera selepas sebahagian struktur bumbung bangunan itu runtuh dalam kejadian Selasa malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa yang masing-masing berusia 8, 10 dan 14 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan belakang badan.
Semua mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Perak, A'azelan Hassan memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.42 malam sebelum pasukan dihantar ke lokasi kejadian.
"Seramai 30 penghuni asrama berada di bangunan berkenaan semasa kejadian berlaku manakala tiga mangsa dilaporkan cedera ringan," katanya.
Katanya, pasukan penyelamat sedang melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada runtuhan struktur susulan kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, seorang penghuni berkata, ketika kejadian kebanyakan mereka berada di dalam bilik dan sedang mengulang kaji pelajaran.
“Semasa dalam bilik terdengar bunyi sesuatu di bahagian atas bumbung, selepas itu, bekalan elektrik terputus dan tiba-tiba siling bumbung di dalam bilik runtuh,” katanya.
Sementera itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hanya tiga penghuni cedera dan mangsa lain dalam kejadian itu.
“Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di HPP dan buat masa ini, seramai 26 penghuni yang selamat dan tidak terkesan akan ditempatkan sementara di asrama Wisma Yatim Lelaki, kerana sembilan pelajar akan menduduki peperiksaan percubaan SPM esok (Rabu),” katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Nov 08 2022

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa yang masing-masing berusia 8, 10 dan 14 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan belakang badan. - Gambar/ Ihsan pembaca
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

3 cedera, 26 penghuni selamat bumbung asrama anak yatim runtuh di Pulau Pinang
Tiga penghuni asrama di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di Jalan Scotland, cedera selepas sebahagian struktur bumbung bangunan itu runtuh dalam kejadian Selasa malam.