KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan aduan itu, hanya 1,004 aduan atau 26.77 peratus melibatkan jalan kendalian agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) manakala selebihnya iaitu 2,746 aduan (73.23), membabitkan jalan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Daripada 1,004 aduan membabitkan jalan seliaan agensi KKR, 789, aduan diselesaikan, manakala baki 215 aduan masih dalam proses tindakan," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam merealisasikan agenda kelestarian alam menerusi Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2023 (LCMB) Nanta berkata sejumlah 22 lokasi infrastruktur pengecas pantas kenderaan elektrik (DCFC) telah beroperasi di lebuh raya kendalian PLUS Berhad setakat ini.
Beliau berkata sebanyak 18 lokasi lain sedang dalam pembinaan di samping empat lokasi projek rintis stesen pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) jenis modular mudah-alih dengan sistem simpanan kuasa bateri sedang dibangunkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Selain itu menerusi inisiatif di bawah program Bitara MADANI, beliau berkata kementerian dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya telah membina dan menambah baik keseluruhan 119 motorcycle shelter dengan 40 daripadanya akan disiapkan tahun ini manakala baki 79 pada 2024.
"Sejak dilancarkan pada 4 Ogos lepas, sebanyak 29 motorcycle shelter baharu telah siap dibina untuk kegunaan penunggang motosikal di lebuh raya," katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyokong cadangan supaya kerajaan melanjutkan insentif pengecualian cukai kepada syarikat pengendalian pelancongan yang membawa masuk pelancong asing ke dalam negara.
"Penggiat industri boleh memohon Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) menerusi permohonan secara dalam talian atau surat permohonan kepada MOTAC.
"MOTAC juga akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan program atau cara mencapai objektif yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
![3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt 3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698753885_BangunanParlimen.jpg)
Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
![Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025388_AzalinaOthman.jpg)
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
![Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715490537_tblogoMPAJ.jpg)
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
![Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714396458_AhmadDzaffir.jpg)
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
![Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711536365_TBfadhlinasidek.jpg)
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
![EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707823111_WhatsApp.jpg)
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
![KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702744716_TBKPDN.jpg)
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
![KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702382417_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
![HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625758214_HospitalTengkuAmpu.jpg)
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
![3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt 3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698753885_BangunanParlimen.jpg)
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.