ALOR SETAR: Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan akibat ribut di beberapa kawasan di Sungai Petani dalam kejadian pada kira-kira 2 petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Azhar Ahmad berkata kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.
"Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang namun tiada mangsa tercedera dilaporkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula berkata antara kawasan terlibat ialah Taman Sutera Jaya, Taman Songket dan Taman Sri Impian.
Beliau berkata ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat disertai angin kencang dan banyak kediaman rosak serta terjejas teruk terutama di bahagian bumbung.
"Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain yang bertindak pantas dalam mengawal situasi.
"Semoga kesemua mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian ini," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat disertai angin kencang dan banyak kediaman rosak serta terjejas teruk terutama di bahagian bumbung. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 200,000 orang akan terkesan oleh Hurikan Beryl - IOM
IOM bersama rakan-rakan kerjasama sedang berada di lapangan menilai keperluan segera bagi mereka yang terjejas.
JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut
Bantuan yang disampaikan berjumlah RM100 hingga RM5,000 setiap kes berdasarkan kepada tahap kerosakan yang dialami.
107 rumah rosak akibat ribut di Perlis
Sebanyak 96 rumah rosak akibat ribut pada hari ini, manakala 11 rumah lagi rosak dalam kejadian Jumaat lepas.
Pokok tumbang: Suami isteri parah, anak dalam kandungan meninggal dunia
Pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati Nuraleya Syazreena mengalami pendarahan dalam kepala.
Angin kencang 70km sejam cetus ribut di Kedah
Kelajuan angin dipercayai lebih tinggi di kawasan kampung namun tidak dapat direkodkan kerana tidak mempunyai stesen meteorologi.
Pesawat hilang 'hidung' kerana hujan batu
Insiden cemas itu berlaku selepas penerbangan OS434 berdepan ribut hujan batu setelah meninggalkan Palma de Mallorca.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.
32 maut Siklon Remal badai India
Kerajaan tempatan telah memindahkan lebih 100,000 orang dari kawasan terdedah sebelum taufan itu mendarat.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.