Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 102 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 32 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 134 syor kepada kerajaan negeri.
"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ambrin berkata dalam Laporan Siri 3 itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.
Selain itu, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Ambrin berkata secara keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik dengan 172 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan 'Sangat Baik' (4 bintang) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.
"Pencapaian ini memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," katanya.
Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu tercapai.
Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang dibuat.
Kandungan dan sinopsis laporan siri 3 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen masing-masing pada 6 April dan 15 Jun lepas.
Bernama
Mon Nov 23 2015
![268 syor dikemukakan dalam Laporan Audit Negara 2014 Siri 3 268 syor dikemukakan dalam Laporan Audit Negara 2014 Siri 3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/41435103822_AmbrinBuang.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen masing-masing pada 6 April dan 15 Jun lepas. - Gambar Fail
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi 1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662116603_TBnajibrazak.jpg)
1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi
Najib dikatakan berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1MDB.
![Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659884446_WongKahWoh.jpg)
Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.
![Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649838140_MadinahMohamad.jpg)
Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi
Ia masih menjadi prerogatif Ambrin ketika itu untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak cadangan yang dibuat oleh pihak yang diaudit.
![Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598242781_DYMMSULTANSELA.jpg)
Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penjawat awam khususnya di Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
![Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460025463_OneMDB.jpg)
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
![Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41543998626_TBDzulkifli.jpg)
Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Tan Sri Dzulkifli menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB berlaku ketika dia memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
![Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544001113_TBAMBRIN.jpg)
Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
![Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534321399_RonaldKiandee.jpg)
Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
![Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61543903079_TBAMBRINBUANGx.jpg)
Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC
Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.
![PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61543837354_Cakera.jpg)
PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Saadatul Nafisah minggu ini.