KUALA LUMPUR: Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah itu terdiri daripada 221 taska yang disediakan oleh sektor awam, manakala 44 taska lagi di sektor swasta.
"Kementerian sentiasa menyokong usaha agar pihak majikan menyediakan taska di tempat kerja, ia merupakan satu daripada sistem sokongan kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited serta menghasilkan mutu perkhidmatan dengan lebih baik seterusnya meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan mereka.
"Mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang ingin menubuhkan taska boleh berhubung dengan JKM untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai proses dan prosedur yang ingin dilakukan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN- Kepala Batas) yang ingin tahu mengenai perancangan membuka taman asuhan kanak-kanak di bangunan kerajaan terutamanya di kawasan Parlimen berkenaan.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai usaha kerajaan menangani isu dera dan kematian melibatkan kanak-kanak di taska, Nancy berkata antara lain ialah menasihati pengendali premis mendaftar dengan JKM berhampiran.
"Kita juga ada prosedur operasi standard (SOP) yang sering ditambah baik dan SOP ini bukan untuk menyusahkan pengendali taska tetapi membantu mereka, selain itu kita pastikan ada kamera litar tertutup (CCTV) untuk bantu mengawasi apa yang berlaku bagi menjamin keselamatan," katanya.
Nancy juga mengulangi bahawa pihak kementerian bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyemak latar belakang pengasuh sama ada pernah terlibat dengan kes jenayah atau tidak bagi memastikan hanya yang layak diambil mengasuh kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Nancy berkata jumlah itu terdiri daripada 221 taska yang disediakan oleh sektor awam, manakala 44 taska lagi di sektor swasta. - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
Inisiatif Malaysia galak aktiviti keluarga tarik minat negara luar - Nancy
Kolaborasi antara anggota negara ASEAN bertukar idea dan membangunkan pengetahuan mengenai keluarga memperlihatkan kepentingan kekeluargaan di rantau ini.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
Op Global: 68 permohonan perintah mahkamah kembalikan kanak-kanak diselamatkan sedang diproses - Nancy
JKM sedang memproses 68 permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengembalikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global kepada ibu bapa atau penjaga mereka.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.