Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan hari ini terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak Januari lalu.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail berkata, sebanyak 149 daripada kontena itu diikrarkan sebagai barangan kitar semula manakala bakinya masih belum diikrar dan tidak memiliki Lesen Import (AP).
"Pemeriksaan pihak kastam mendapati kebanyakan kontena itu mengandungi sisa sampah dan ia kebanyakkan dari negara maju seperti Hong Kong, Kanada, Belgium, Jerman serta Amerika Syarikat. Kami percaya ia di import sebagai bahan kitar semula," katanya ketika di hubungi di sini malam ini.
Katanya, semua kontena itu tidak dituntut sehingga menyebabkan NBCT menjadi sesak malah pihak kastam terpaksa meminjam kawasan lapang lain untuk meletakkan kontena lain.
Beliau berkata berikutan kemasukan kontena itu, kerajaan kerugian lebih RM5 juta dalam tempoh hampir enam bulan tahun ini kerana terpaksa menyelenggara kontena tidak di tuntut itu dan menanggung caj tempat letak kontena.
Katanya, pihak Kastam tidak mahu Pulau Pinang menjadi tempat longgokan sampah sehingga kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk membayar kos yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan mengikut dokumen senarai muatan kapal, mendapati terdapat 11 syarikat yang terlibat dalam aktiviti haram ini.
"Sebanyak 130 kontena telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 untuk setiap satu kontena manakala usaha untuk menyiasat kontena yang selebihnya masih dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya, modus operandi mereka adalah mengisi kontena itu dengan barangan kitar semula di bahagian depan dan barangan sisa sampah plastik haram di bahagian belakang kontena.
"Kontena yang ikrarkan sebagai barangan kitar semula adalah hanya di bahagian hadapan dan bahagian belakang kontena adalah sisa sampah plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan negeri masih menunggu arahan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kemungkinan kami akan menghantar balik kontena-kontena ke negara asal namun itu akan terpulangkan kepada cadangan dari MESTECC sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.
Selasa lepas, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, sebanyak 450 tan metrik sisa sampah dari 10 kontena akan dihantar semula dalam masa terdekat ke negara asal masing-masing.
Di samping itu, Yeo berkata, Kabinet pada 24 April lalu juga telah memberi mandat kepada kementeriannya untuk menubuhkan pasukan khas yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi membolehkan siasatan terhadap kegiatan penyeludupan sisa plastik ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Sebanyak 149 daripada kontena itu diikrarkan sebagai barangan kitar semula manakala bakinya masih belum diikrar. - Gambar hiasan/Reuters
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.