GEORGE TOWN: Polis membuka kertas siasatan membabitkan sekurang-kurangnya 25 mangsa yang terpedaya dengan sindiket pemerasan menggunakan taktik panggilan video lucah di Pulau Pinang, sejak Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata modus operandi sindiket terbabit adalah mendekati mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan langganan seks.
"Sindiket tersebut memulakan perkenalan dengan mangsa menerusi media sosial dan lain-lain aplikasi dalam talian. Sindiket tersebut akan menawarkan langganan seks sebelum membuat panggilan video lucah.
"Mereka menggunakan wanita yang beraksi lucah serta meminta mangsa berbogel dan merakam perbuatan tersebut sebelum mengugut mangsa membuat pembayaran.
“Sekiranya enggan, mereka mengugut untuk mencederakan mangsa menggunakan gambar atau video individu lain yang kononnya telah dicederakan.
“Malah, mereka juga mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar mangsa bagi menjatuhkan maruah mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, nilai kerugian membabitkan 25 mangsa terbabit yang berusia antara 17 hingga 50 tahun ialah RM150,000.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Kesalahan Multimedia dan Komunikasi 1998, masing-masing kerana kerana pemerasan, mendatangkan ketakutan bencana bagi tujuan melakukan pemerasan serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Aug 17 2021

Sindiket akan menghubungi mangsa dan mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar tidak senonoh bagi menjatuhkan maruahnya. - Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Sindiket peras ugut video bogel tumpas, polis tahan 14 individu
Kesemua yang ditahan merupakan pemilik akaun yang digunakan sindiket terbabit memeras ugut mangsa.

25 terpedaya sindiket pemerasan video lucah di Pulau Pinang
Modus operandi sindiket terbabit adalah mendekati mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan langganan seks.