MELAKA: Sebanyak 25 bas pelancongan atau persiaran dan bas ekspres diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang dilaksanakan dari 5 Julai hingga hari ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan berkenaan membabitkan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), tiada lesen pengendali, tata kelakuan pemandu seperti merokok dan meletak kenderaan di kawasan bahaya.
Beliau berkata selain itu, bas persiaran dan ekspres berkenaan juga turut dikesan melakukan kesalahan teknikal seperti tiada alat pemadam api dan peti pertolongan cemas.
"Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 20 bas persiaran dan satu bas ekspres dikesan melakukan pelbagai kesalahan dan masing-masing empat notis larangan penggunaan kenderaan, notis arah periksa dan notis panggilan temu siasat turut dikeluarkan kepada pengusaha bas.
"Bagaimanapun setakat ini, tiada KPA terlibat yang disita dan Operasi Bersepadu KPA akan diteruskan hingga 31 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata sebanyak 280 KPA telah diperiksa melibatkan 150 bas persiaran dan 130 bas ekspres dalam tempoh operasi berkenaan dijalankan.
Beliau berkata operasi itu bertujuan membantu mengurangkan kes kemalangan jalan raya sekali gus meningkatkan kesedaran aspek keselamatan di jalan raya membabitkan KPA menerusi penguatkuasaan undang-undang.
Dalam pada itu, katanya bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), pengusaha bas yang ingin menambah pendapatan dengan membawa pelancong ke Melaka menggunakan bas milik mereka, disaran mematuhi syarat permit ditetapkan agar tidak berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Sebagai contoh, syarat permit ialah bas sekolah tetapi kenderaan itu digunakan bukan untuk tujuan asal seperti membawa rombongan atau pelancong.
"Mereka perlu berurusan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuat permohonan tukar syarat bas berkenaan," katanya.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka Hasni Abu Hassan berkata dalam operasi hari ini, sebanyak dua bas persiaran yang dikesan tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong berlesen.
Beliau berkata syarikat penganjur pelancongan itu akan dipanggil bagi siasatan lanjut dan kesalahan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 yang memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 atau kompaun maksimum RM25,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
![25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA 25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721405249_FirdausShariff.jpg)
Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), dan tiada lesen pengendali adalah antara kesalahan yang dikesan. - Bernama
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada parti komponen BN dan Friends of BN dipinggirkan, malah semua disantuni dengan baik.
[INFOGRAFIK] Olimpik Paris: Edisi Olimpik paling lestari dalam sejarah
Lebih bertanggungjawab, lebih lestari, lebih bersatu dan lebih inklusif. Edisi Olimpik Paris 2024 memasang hasrat untuk menjadi acara sukan dunia pertama yang lestari atau 'most sustainable games ever' berbanding edisi sebelum ini.
Untuk meninggalkan legasi 'iklim positif', AWANI Green Action menyenaraikan antara lima inovasi hijau yang ditampilkan dalam edisi kali ini.
Untuk meninggalkan legasi 'iklim positif', AWANI Green Action menyenaraikan antara lima inovasi hijau yang ditampilkan dalam edisi kali ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (22 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691134639_BNKelantan.jpg)
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
Kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi
Majlis perasmian yang diadakan di Vientiane pada Sabtu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Saysongkham Manodham, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand, Surapong Piyachote serta wakil dari kedua-dua negara.
Seorang maut akibat virus Nipah di Kerala, India
Pihak berkuasa di Kerala, India mengambil langkah pencegahan selepas kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun akibat virus nipah.
Aktiviti perniagaan di Dhaka disambung semula
Tinjauan Reuters mendapati orang ramai berpusu-pusu mengunjungi kedai-kedai untuk membeli kelengkapan.
Agenda lestari Olimpik diperluas ke bantuan kemanusiaan
Penganjuran Olimpik Paris 2024 tidak melupakan hasrat global untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2050. Aspek kelestarian malah ditekankan dari pelbagai sudut sejak bermulanya pembinaan perkampungan Olimpik buat atlet bertaraf dunia, disertai disiplin serta praktikaliti mereka dalam aspek kemampanan.
Terbaharu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa setelah tamatnya sukan berprestij itu nanti, kemudahan seperti tilam akan didermakan kepada golongan gelandangan di Paris.
Terbaharu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa setelah tamatnya sukan berprestij itu nanti, kemudahan seperti tilam akan didermakan kepada golongan gelandangan di Paris.
![25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA 25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721405249_FirdausShariff.jpg)
25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA
Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), dan tiada lesen pengendali adalah antara kesalahan yang dikesan.
![Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719154191_TBWargaAAsing.jpg)
Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing
Kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.
![Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681208136_TBJALANSESAK.jpg)
Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April
231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau "hotspot".
![Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607777408_sempadanTHAI.jpg)
Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan
Op Bersepadu ini akan menggantikan Op Benteng.
![Jabatan Imigresen Perak serbu kedai karpet, restoran nasi kandar Jabatan Imigresen Perak serbu kedai karpet, restoran nasi kandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571480472_pekerjaasing.jpg)
Jabatan Imigresen Perak serbu kedai karpet, restoran nasi kandar
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Perak, Kamalludin Ismail, sepanjang operasi tiga hari itu, sebanyak 12 premis telah diserbu.