PETALING JAYA:Sejumlah 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin.
Jelasnya, sebanyak pertambahan 12 kes positif dicatatkan pada hari ini berbanding semalam hanya 11 kakitangan disahkan positif COVID-19.
"Setakat ini, 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19. Sebanyak pertambahan 12 kes pada hari ini (Isnin) selepas keputusan saringan didapati.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
"Kami dimaklumkan seramai 567 kakitangan tinggal di asrama disediakan ini, ujian saringan akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 14 Oktober ini," jelasnya.
Susulan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan bermula semalam dan semua laluan masuk ke kawasan asrama berkenaan telah dikawal ketat oleh pihak polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Fareez Azman
Mon Oct 12 2020
![23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19 23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602486267_TBAsramaTropicana.jpg)
Kelihatan kenderaan Kementerian Kesihatan keluar dari kawasan PKPD di Asrama Tropicana ketika tinjauan hari ini. Asrama tersebut diisytiharkan sebagai kawasan PKPD bermula hari ini sehingga 25 Okt dan melibatkan 500 penghuni. --fotoBERNAMA
Bahang kehangatan, rakyat Gaza beri mesej melalui sukan
Kejohanan bola sepak selama dua hari dianjurkan ketika dunia bersiap sedia untuk menyaksikan temasya sukan berprestij itu membuka tirai di 'Kota Cinta' Paris.
[TERKINI] Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Malaysia gesa Myanmar serius tangani konflik setempat
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah di negara itu yang kini sudah menjadi masalah di rantau ASEAN.
PM umum peruntukan RM1 juta kepada NCCIM
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi - Azalina
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) selaras dengan amalan terbaik global melalui perbandingan dengan negara-negara lain, dalam masa terdekat.
Pencemaran: Kilang mahu untung, penguatkuasaan perlu diperketat
Setiap syarikat mahukan keuntungan tanpa perlu berbelanja besar, sekali gus menjadi salah satu punca pencemaran sumber air sering berulang membabitkan pengusaha industri perkilangan.
Pastikan syarikat tawar khidmat pakar diperakui - Gobind
Menteri Digital, Gobind Sing Deo berkata kementerian itu mengesan beberapa pihak tidak bertanggungjawab ‘mencipta’ domain (laman sesawang) bagi mendapatkan maklumat yang kemudian disalah guna.
10 termasuk pengurus bank didakwa
Sepuluh individu termasuk dua pengurus bank yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta wang deposit tetap sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang diketuai oleh Josepin J.Langkan, 38 tahun.
Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang diketuai oleh Josepin J.Langkan, 38 tahun.
Permohonan ikat jamin pasangan suami isteri ditolak
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.
![23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19 23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602486267_TBAsramaTropicana.jpg)
23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19
Sejumlah 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19.