SHAH ALAM: Lebih 23 peratus rakyat dewasa di negara ini maut disebabkan penyakit jantung atau kardiovaskular berpunca daripada kencing manis, darah tinggi dan obesiti dengan trend terkini menunjukkan individu seawal umur 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
Pakar Perunding Perubatan Keluarga Hospital UiTM, Profesor Madya Dr Suraya Abdul Razak berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.
Tambahnya, perkara tersebut memberikan kerisauan apabila pesakit tidak menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut.
“Kalau menurut data kesihatan nasional, lebih kurang satu daripada lima rakyat Malaysia dewasa menghidap penyakit kencing manis, begitu juga dengan dengan penyakit darah tinggi lebih kurang satu daripada tiga individu mempunyai bacaan yang tinggi lebih dari 140/90.
“Jika mereka menyedari pun mereka mengambil ubat-ubatan lebih kurang hampir 40 peratus sahaja yang mempunyai kawalan yang bagus.
“Obesiti juga merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung ini ia punya peratusannya kita punya rakyat dah lebih kurang satu dari tiga orang jadi ia adalah sangat membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sinar Live: Awas! Impak COVID-19 dan Kesihatan Jantung pada Rabu bersempena Hari Jantung Sedunia, yang dikendalikan moderator, Hazwan Mokhtar.
Ujar Dr Suraya, serangan jantung merupakan tanda-tanda awal bagi seseorang itu disahkan menghidap penyakit jantung dengan rasa sakit di dada seperti dihimpit sesuatu dan berkemungkinan akan sukar bernafas, loya serta pening kepala.
“Seseorang pesakit itu akan sama ada mempunyai rasa dada yang ketat dan sakit seperti dihimpit dan mungkin disertai dengan sukar bernafas, loya serta pening-pening.
“Jadi itu adalah tanda-tanda kemungkinan mereka mengalami simptom serangan jantung dan apabila darah beku daripada saluran jantung telah tersumbat maka pesakit mungkin mempunyai gejala berikut,” ujarnya.
Selain itu, beliau berkata, trend pada masa kini menunjukkan individu seawal umur 30 tahun boleh mendapat penyakit serangan jantung.
Tambahnya, pengamalan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan olahraga merupakan cara untuk mengawal daripada menghidapi penyakit jantung.
“Selain itu, pemakanan yang tidak mengandungi garam yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, mengurangkan mengambil makanan yang manis-manis atau mengurangkan penyediaan makanan yang berminyak.
“Cepat lakukan saringan kesihatan supaya kita dapat tahu sama ada berpotensi atau tidak mempunyai tiga penyakit itu.
“Tidak merokok kerana ia boleh menyebabkan risiko sakit jantung itu meningkat. Mengawal kadar berat yang sesuai dengan tinggi (mengurangkan berat badan),” jelasnya.
Mengulas lanjut, Dr Suraya berkata, rakyat perlu menjaga jantung mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Sep 29 2021
Trend pada masa kini menunjukkan individu seawal umur 30 tahun boleh mendapat penyakit serangan jantung. - Gambar hiasan
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023
Kanser menyebabkan 166.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk Korea Selatan pada 2023, meningkat daripada 162.7 kematian pada tahun sebelumnya.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
Bekas Senator Muhamad Mustafa meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Muhamad yang mengalami masalah jantung mengalami demam dan dirawat di hospital sebelum kesihatan semakin merosot minggu lepas.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Pengambilan kopi berlebihan mungkin ancam kesihatan jantung - Kajian
Kebimbangan mengenai kesan buruk kafein terhadap tekanan darah dan kadar degupan jantung telah mendorong pelajar perubatan India Nency Kagathara untuk mengkaji kesannya.
Suami tidak sangka terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah
Mohd Azmil, 38, sempat mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk Zuraida, beberapa jam sebelum Allahyarham menutup usianya pada angka 37 tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
Bekas pegawai khas ADUN Batang Kali meninggal dunia akibat sakit jantung
Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.
ATV terbabas: Dua pesara maut sebab lemas, serangan jantung
Dua pesara kerajaan yang maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) terbabas ke dalam parit di Pontian masing-masing akibat lemas dan serangan jantung.
Kos rawatan sakit jantung dijangka meningkat jika tiada tindakan berkesan - Dr Noor Hisham
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu dunia yang menyebabkan lebih 18.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.