BALING: Sebanyak 21 rumah penduduk di sekitar Mukim Siong, Tawar, Pulai, Bakai dan Mukim Teloi Kanan di daerah ini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Lt. (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima aduan daripada orang awam pada 6 petang dan seramai 15 petugas digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kawasan yang terjejas akibat ribut termasuklah tiga buah rumah di Mukim Siong, lapan rumah di Mukim Tawar, tiga rumah di Mukim Pulai, dua rumah di Mukim Bakai dan lima rumah di Mukim Felda Teloi Kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya APM telah membersih dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas serta pokok yang menimpa rumah penduduk.
"Operasi pembersihan rumah yang terjejas dan kerja memotong pokok-pokok yang tumbang akan diteruskan hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

21 rumah di sekitar Mukim Siong, Tawar, Pulai, Bakai dan Mukim Teloi Kanan di Baling mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang semalam. - Foto BERNAMA

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada
JBPM memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.

479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.

PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.

30 rumah rosak akibat ribut di Semporna
Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.