IPOH: Anak kepada Yahya Harun, 56, yang dilaporkan hilang semasa keluar mencari siput belitung di hutan paya bakau Sungai Tuntung dekat Pantai Remis, Perak masih berharap ayahnya itu ditemukan meskipun sudah 21 hari berlalu.
Mohamad Noor Azlan Yahya, 28, berkata beliau serta ahli keluarga lain mencari Yahya dari hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Beliau berkata keluarganya juga mengharapkan doa rakyat Malaysia supaya ayahnya ditemui semula bersama seorang lagi rakan ayahnya, Azman Mat Jaab, 61, yang turut hilang.
"Kami adik beradik, sukarelawan, nelayan dan orang kampung turut serta dalam operasi mencari di tempat kejadian bersama pasukan penyelamat yang tidak putus asa dalam usaha ini.
"Siapalah yang tidak sedih dan gundah-gulana, namun kami sekeluarga amat berharap ayah dan pak cik Azman dapat ditemukan segera dalam apa jua keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamad Noor Azlan menambah, operasi SAR masih diteruskan sehingga hari ini secara berperingkat, namun tiada petunjuk baharu diperolehi setakat ini.
"Beberapa hari lepas, seramai 50 anggota Batalion Kesembilan Rejimen Renjer Diraja, Taiping menyertai pencarian ayah dan pak cik Azman, namun masih belum berjaya menemui mereka.
"Pencarian dilakukan dalam radius 500 meter dari kawasan motosikal ayah ditemukan, tetapi kami masih buntu untuk menjejaki kedua-dua mangsa," katanya.
Beliau berkata nalurinya masih menyatakan bahawa ayah dan rakannya itu masih hidup dan berada di hutan paya bakau berkenaan, namun mungkin ada sesuatu perkara menyebabkan dia dan kawannya tidak jumpa jalan keluar.
"Sepanjang SAR yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bermula 19 Jun lepas itu, tiada satu pun jejak mereka dapat dikesan.
"Memang tiada cebisan baju, kasut atau apa jua perkakas mereka yang dijumpai sepanjang operasi dilakukan, mula-mula dahulu adalah jejak kasut, namun itu pun kita tak dapat nak pastikan jejak siapa, mungkin bukan jejak mereka," katanya.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata ayah beliau sudah berpuluh tahun terlibat dalam aktiviti mencari siput selain biasa dengan selok-belok kawasan berkenaan.
"Memang ayah jarang ke kawasan ini, namun sekali sekala dia akan datang untuk mencari siput walaupun ia agak jauh ke dalam, malah kawasan paya bakau ini sangat luas mencecah lebih 1,200 hektar.
"Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak putus asa dan sehingga hari ini, kami masih terus mencari dan kami mohon semua pihak doakan ayah kami segera ditemui," katanya.
Mohamad Noor Azlan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat menyedihkan, apatah lagi nasib ayahnya belum diketahui dan mereka sekeluarga tertanya-tanya keadaan dan keberadaan ayahnya ketika ini.
Dalam kejadian 18 Jun lepas, Yahya bersama Azman keluar mencari siput pada sebelah pagi, namun sehingga jam 8.30 malam, kedua-duanya tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan antara pukul 5 dan 6 petang setiap hari.
Keluarga mangsa kemudiannya mengambil keputusan membuat laporan kehilangan di Balai Polis Pantai Remis pada 19 Jun dan operasi mencari mangsa digerakkan selepas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Mohamad Noor Azlan Yahya, 28, berkata beliau serta ahli keluarga lain mencari Yahya dari hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. - Foto: Sinar Harian

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

21 hari hilang ketika cari belitung, anak masih harap ayah ditemui
Mohamad Noor Azlan Yahya, 28, berkata beliau serta ahli keluarga lain mencari Yahya dari hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.