NEGARA terus mencatatkan jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara melepasi sasaran 200,000.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pada 16 Jun, negara mencatat 204,839 dos pemberian vaksin harian.

Ia membabitkan 196,775 dos pertama manakala selebihnya 8,064 dos kedua.

Menurut JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.108 juta dos.


Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.632 juta manakala dos kedua 1.476 juta.

Negeri yang catat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 750,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 730,000 dos.

Negeri lain yang catat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan lebih 600,000 dos serta Johor dengan lebih 480,000 dos.