SEMPORNA: Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul di sini pagi tadi menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tinggal.
Kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat membabitkan keluasan 0.4 hektar berikutan kedudukan rumah yang rapat namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.
"Setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik Offensive Firefighting dan berjaya mengawal kebakaran itu sepenuhnya pada 1.11 tengah hari," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 BBP Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Fazizul berkata 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi. - Foto Facebook @Ohh Sempornaku
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Operasi mencari dua warga Filipina insiden pelanggaran bot ditamatkan
Operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.
196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis
Sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Kemalangan maut di Semporna: Pemandu treler ditahan
Pemandu berusia 29 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kemalangan antara treler dipandunya, van pelancongan dan lori lain.
Dua pelancong asing maut, tiga parah bas persiaran bertembung lori di Semporna
Dua pelancong asing maut manakala lima lagi cedera selepas bas pesiaran yang dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan buah sawit.
Sabah penyumbang utama pengeluaran rumpai laut negara
Sabah merekodkan kira-kira 225,048 tan metrik pengeluaran rumpai laut dengan nilai RM100 juta pada 2023.
Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna
Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.
Dua budak maut, tiga parah dalam nahas di Semporna
Dalam kejadian itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.