KUALA LUMPUR: BN Youth Job Fair yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia KL (WTC KL) selama tiga hari bermula 24 Jun ini bakal menyediakan lebih 20,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, karnival berkenaan turut mensajikan peluang padanan dengan majikan dari 300 syarikat gergasi termasuk agensi kerajaan dan korporat seperti PRIMA, Sepadu, DRB-Hicom, TNB, Boustead, MARA, sehinggalah ke McDonalds dan Coffee Bean.
Selain itu, jelasnya lagi, terdapat juga bengkel untuk golongan belia lebih memahami realiti pasaran pekerjaan masa kini serta cara penyediaan ringkasan maklumat diri (resume) supaya menetapi kriteria majikan.
“Kita bantu anak muda di luar sana bagaimana nak sediakan biodata dan resume terbaik, bagaimana nak berhadapan dengan temuduga, ada juga ceramah daripada pelbagai profesion, dalam konteks memberikan pencerahan berkenaan industri yang ada.
“Kita cuba memberikan pencerahan berkenaan industri yang ada, untuk mereka lebih memahami dan dari industri pelbagai, industri yang pelbagai dari aspek kejuruteraan, kerajaan sehinggalah kepada pendidikan, dan rantaian makanan dan minuman,” katanya lagi.
BN Youth Job Fair, jelas Asyraf, bukan sekadar karnival kerjaya sahaja, tetapi juga platform untuk mereka memiliki dan mencapai impian atau objektif kehidupan masing-masing.
Dengan hanya di bawah satu bumbung, beliau berkata, masyarakat mampu mendapat peluang kerjaya selain mengembangkan lagi masa hadapan mereka.
Dalam pada itu, Asyraf turut mengingatkan mereka yang ingin hadir ke karnival tersebut untuk berpakaian kemas memandangkan sesetengah majikan menyediakan peluang temuduga secara terus di gerai masing-masing.
Firdaus Azil
Wed Jun 22 2022

BN Youth Job Fair yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia KL (WTC KL) selama tiga hari bermula 24 Jun ini bakal menyediakan lebih 20,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

20,000 peluang pekerjaan menanti di BN Job Youth Fair
Terdapat juga bengkel memahami tentang realiti pasaran pekerjaan masa kini serta cara penyediaan ringkasan maklumat diri (resume).