Pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.
Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan, ketika dihubungi Bernama malam tadi, mengesahkan kedua-dua lelaki itu ditangkap beberapa hari lepas tetapi tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar tangkapan itu.
Menurutnya pihak kedutaan hanya mengetahui mengenai tangkapan tersebut semalam.
"Mereka ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Mereka akan dibawa ke mahkamah Isnin ini dan di sana kami akan meminta sama ada mereka memerlukan peguam," katanya.
Ilango berkata pejabatnya telah memberitahu Wisma Putra mengenai kes itu supaya ia boleh memaklumkan kepada keluarga suspek yang ditahan itu.
Pada Khamis lepas, akhbar Lubnan, Al-Joumhouria' memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.
Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.
Al-Joumbouria berkata dua bulan lalu, kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.
Rancangan serangan itu diselaraskan oleh seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab atas kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan bahawa apabila dua warga Malaysia gagal memasuki Syria, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Lubnan bagi melakukan serangan pengganas tetapi aktiviti mereka dihidu oleh perisikan tentera.
Selepas dikesan, warga Malaysia itu ditahan dan siasatan menunjukkan mereka bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan di negara itu.
Bernama
Sun Oct 28 2012
![2 warga Malaysia ditahan di Lubnan 2 warga Malaysia ditahan di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/61351391217_295x200.jpg)
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![2 warga Malaysia ditahan di Lubnan 2 warga Malaysia ditahan di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/61351391217_295x200.jpg)
2 warga Malaysia ditahan di Lubnan
Pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda