KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses menjalankan dua ujian klinikal terhadap vaksin yang dihasilkan dalam negara melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), kata menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata dua vaksin itu ialah vaksin kanser kepala dan leher atau "nasopharyngeal cancer" dan vaksin kolera, yang masing-masing akan melalui ujian klinikal di United Kingdom dan India, seawal tahun depan.
"Kita juga kini dalam proses pembangunan vaksin COVID-19 yang sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan kerjasama Universiti Malaya.
"Kita yakin dengan adanya MGVI ini, Malaysia mampu menjadi hab pengeluaran vaksin yang dapat digunakan secara domestik dan juga dieksport ke luar negara," katanya dalam rancangan Ruang Bicara Aspirasi Keluarga Malaysia terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
Pada 1 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta MGVI dalam usaha menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.
"MGVI akan menjadi sebuah badan yang menjalankan koordinasi antara pakar, industri dalam dan luar negara, serta pembangunan bakat yang perlu untuk menjadi tunjang kepada pembangunan vaksin di masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata peranti mudah alih saringan COVID-19, i-Breath yang kini memasuki fasa akhir praklinikal dijangka dapat dikomersialkan menjelang Jun tahun depan, selepas melalui ujian klinikal.
"i-Breath akan masuk ke fasa ujian klinikal yang terdiri daripada beberapa fasa dalam tempoh enam bulan, sebelum ia selesai dan boleh dikomersialkan dan dipasarkan.
"Kita harap ada pihak antarabangsa yang akan mendapatkan peranti ini untuk kegunaan mereka kerana kita menyasarkan penggunaan i-Breath ini bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa," katanya.
MOSTI memperuntukkan dana sejumlah RM1.05 juta dalam pembangunan peranti i-Breath dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang boleh mengesan COVID-19 dengan sensitiviti sehingga 93 peratus dengan hanya perlu bernafas menggunakan peranti mudah alih itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Dr Adham berkata, dua vaksin itu ialah vaksin kanser kepala dan leher atau "nasopharyngeal cancer" dan vaksin kolera. - Gambar/Astro AWANI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.