KUALA LUMPUR : Dua daripada 15 rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis masih dirawat di hospital.
Manakala 13 lagi sudah pulang ke kediaman masing-masing dan keadaan mereka tidak membimbangkan.
Kesemua mereka adalah kakitangan pakar yang membantu melakukan persediaan operasi tren jemaah haji pada tahun ini.
Menurut jurucakap kumpulan kakitangan terbabit, Musa Abdul Rahman, dua kakitangan pakar itu sedang menerima rawatan lanjut di King Faisal Hospital dan Hospital Annur.
Keadaan mereka dilaporkan stabil, dengan salah seorang daripadanya dijangka dibenarkan keluar hospital pada Ahad.
"Sahabat yang berada di Hospital Annur kemungkinan akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat. Jadi usaha sedang dijalankan untuk menghantarnya membuat rawatan susulan di Malaysia.
"Yang berada di Hospital Annur mengalami retak belakang tulang leher dan retak di tulang rangka. Semalam saya melawatnya, dan keadaan dia Alhamdulillah, dia boleh berbual, cuma dia perlukan rehat.
"Doktor akan membuat keputusan sama ada dia boleh keluar wad pada Ahad ini. Esok mungkin boleh discharge dan balik ke apartmen dan berehat di apartmen dan kita akan mengawal perkembangan dia, ada sahabat lain sedang jaga dia di hospital," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi
Musa menjelaskan, kejadian berlaku pada jam 2 petang di Muzdalifah itu dalam keadaan cuaca panas yang terik.
Ketika kejadian, sebahagian kakitangan pakar berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebahagian lagi baru habis syif kerja.
Musa bagaimanapun berharap keluarga kakitangan pakar di tanah air berkenaan agar tidak risau dan mendoakan agar kesemua mereka dapat meneruskan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Rahimah Abdullah
Sat Jun 11 2022
Musa Abdul Rahman berkata dua kakitangan pakar itu sedang menerima rawatan lanjut di King Faisal Hospital dan Hospital Annur. - Gambar Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
AIR 2040: Perkasa pengurusan air untuk masa depan rakyat dan negara
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 adalah langkah yang kritikal bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam pengurusan sumber air.
Statistik pacu dasar perkhidmatan terbaik rakyat
Menurut Nazaria, statistik nasional memainkan peranan kritikal dalam perancangan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.
PRK Mahkota: 'Budi mesti dibalas, kata perlu dikota, janji wajib ditepati' - Ahmad Zahid
Kemenangan itu juga membuka ruang buat UMNO dan Barisan Nasional termasuk Kerajaan Perpaduan untuk terus memperbaiki haluan perjuangan.
Presiden Iran yang baru dipilih janji perpaduan, kerjasama dalam mesej pascapilihan raya
Masoud Pezeshkian berkata, laluan sukar di hadapan tidak akan mudah kecuali dengan kebersamaan, empati dan kepercayaan semua rakyat.
Ungkapan ‘lembu kenyang’ punca Dewan Rakyat kecoh
Radzi menggunakan kenyatan itu bagi mengambarkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak mendengar rintihan rakyat di bawah.
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.