KUALA LUMPUR: Dua cedera, manakala tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di dua lokasi berasinga di ibu negara, ekoran hujan lebat petang tadi.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Sohirol Rizal Madon berkata kejadian berlaku di Jalan 2/115A, Taman Pagar Ruyung dekat sini, melibatkan kereta jenis Perodua Aruz yang dinaiki seorang lelaki dan dua kanak-kanak serta sebuah kereta jenis Toyata Vios yang dipandu seorang lelaki.
"Sebuah jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.05 petang dan mendapati pemandu kereta Perodua Aruz mengalami cedera ringan serta sesak nafas setelah kereta yang dinaiki dihempap pokok.
"Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, manakala mangsa lain yang diselamatkan oleh orang awam tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam insiden berasingan, seorang wanita turut cedera selepas kenderaan jenis Proton Exora yang dipandunya dihempap pokok berhampiran Masjid Negara, Bukit Aman di sini pada 5 petang tadi.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah Omar Chekku berkata sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian pada 5.13 petang bagi membantu mengeluarkan wanita itu yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
"Wanita berusia 48 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya.
Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok di kedua-dua lokasi kejadian sedang dijalankan anggota bomba dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Perodua Aruz dinaiki seorang lelaki dan dua kanak-kanak serta sebuah kereta jenis Toyata Vios dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan dihempap pokok tumbang. - Gambar/ JBPM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.

479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.

PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.

30 rumah rosak akibat ribut di Semporna
Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.

Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.

Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.

Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.