KOTA KINABALU: Seramai 2,969 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah dikenal pasti terlibat untuk menduduki penjadualan semula peperiksaan awam itu seluruh negara sehingga 3 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya.
Beliau berkata jumlah itu merupakan 0.74 peratus daripada keseluruhan 401,105 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020, dan penjadualan semula peperiksaan untuk calon itu dijangka bermula pada 6 April ini.
Beliau berkata pemakluman dan semakan bagi calon terlibat dalam peperiksaan dijadualkan semula akan dimaklumkan ke setiap negeri setelah tamat peperiksaan SPM 2020.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa hanya calon positif COVID-19, calon diarahkan kuarantin dan calon sakit dengan dokumen atau pengesahan surat doktor sahaja dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan semula.
"Soalan (diberikan kepada calon SPM 2020 yang terlibat dengan penjadualan semula) adalah berlainan, tetapi sudah sedia ada daripada bank Lembaga Peperiksaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu di sini, petang tadi.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin dan Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu Hasnah Mohd Yakob.
Seramai 37 daripada 109 calon sekolah itu selesai menduduki peperiksaan SPM bagi kertas terakhir iaitu Sains Komputer hari ini.
SPM 2020 telah dilaksanakan mulai 22 Feb lepas dan berakhir hari ini membabitkan 83 mata pelajaran yang diadakan di 3,310 pusat peperiksaan dengan seramai 48,014 petugas dilantik seluruh negara.
Di Sabah, 36,432 calon menduduki SPM di 314 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negeri, melibatkan seramai 5,305 petugas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
![2,969 calon SPM 2020 terlibat penjadualan semula peperiksaan 2,969 calon SPM 2020 terlibat penjadualan semula peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612783086_MusliminYahaya.jpg)
Muslimin berkata jumlah itu merupakan 0.74 peratus daripada keseluruhan 401,105 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020. - Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719887680_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
![Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808655_ZambryKptMatriku.jpg)
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
![Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/51521104208_KeputusanSPM.jpg)
Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5 petang melalui platform yang disediakan.
![Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717236974_AnuarAhmad.jpg)
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak yakin untuk lulus dalam peperiksaan antara faktor peningkatan calon tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
![Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716910302_TBHAMIDANSPM.jpg)
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
![12 daripada 14 klien AADK lulus SPM 12 daripada 14 klien AADK lulus SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716813657_SPMAADK.jpg)
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
![SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716782493_tbAzmanAdnan.jpg)
SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
![Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715228894_KPMjpg.jpg)
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
![Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023 Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706544613_SPM.jpg)
Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.
![Calon SPM perlu rebut inisiatif yang ditawar kerajaan negeri - KM Calon SPM perlu rebut inisiatif yang ditawar kerajaan negeri - KM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705144382_RaufYusoh.jpg)
Calon SPM perlu rebut inisiatif yang ditawar kerajaan negeri - KM
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu merebut pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).