KUALA LUMPUR: Hampir 2.8 juta pekerja informal dijangka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur pula dijangka mencecah satu juta.
"Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal.
"Kita juga perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media secara dalam talian pada Sabtu.
Tengku Zafrul turut menegaskan, PKP penuh bukan sahaja akan meningkatan pengangguran tetapi juga mendatangkan kemudaratan kepada rakyat termasuk impak sosial yang akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.
"Semasa PKP 1.0, 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa, 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.
"Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan dipeketatkan dan bukan PKP secara menyeluruh," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan terus komited untuk meneruskan pelbagai bantuan bersasar bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas.
Antaranya kata beliau, bantuan RM4.68 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.4 juta penerima B40.
Program peningkatan kemahiran dan bakat pula katanya, memberi peluang pekerjaan bagi 137,290 orang.
Menurut beliau, subsidi upah membantu lebih daripada 330,000 majikan dalam mengekalkan 2.7 juta pekerjaan.
Tambahnya, bagi sektor perniagaan pula, masih terdapat dana pinjaman mudah untuk PKS sebanyak RM5.2 bilion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudahan jaminan pinjaman berjumlah RM 39 bilion melalui Skim Jaminan Danajamin PRIHATIN.
"Bagi PKS mikro, Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM0.9 bilion telah disalurkan dan selanjutnya, pada bulan Jun 2021, GKP3.0 sebanyak RM1 billion (atau RM1,000 kepada 1 juta PKS mikro) akan dibayar.
"Bantuan bayaran balik bersasar pula daripada 1.6 juta permohonan, 95 peratus telah diluluskan," ujarnya.
Astro Awani
Sat May 22 2021
![2.8 juta pekerja berdepan hilang punca pendapatan jika PKP penuh dilaksana - Tengku Zafrul 2.8 juta pekerja berdepan hilang punca pendapatan jika PKP penuh dilaksana - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611058606_TBZafrul.jpg)
Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur dijangka mencecah satu juta orang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![TVET Jerman, peruntukan RM1.2 bilion NSS bagi tangani kekurangan bakat - Tengku Zafrul TVET Jerman, peruntukan RM1.2 bilion NSS bagi tangani kekurangan bakat - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718685884_Zafrul.jpg)
TVET Jerman, peruntukan RM1.2 bilion NSS bagi tangani kekurangan bakat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bersetuju beri sokongan fiskal RM25 bilion dalam merealisasikan Strategi Semikonduktor Kebangsaan.
![Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul
BlackRock pegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di dunia dan dana-dana berdaulat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Indonesia.
![Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718953339_TBZAFRUL.jpg)
Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul
Kerajaan yakin kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik berbanding 2024, dipacu oleh antaranya peningkatan eksport produk berteknologi tinggi.
![Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024 Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718953339_TBZAFRUL.jpg)
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.
![Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718953438_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul
Penurunan kedudukan Malaysia dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit.
![Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul
Perincian kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) akan diperjelaskan hari ini.
![Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718686711_TBTENGKUZAFRULPROFIL.jpg)
Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.
![MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980836_Zafrul.jpg)
MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara
MITI akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka.
![Perdagangan Malaysia-Jepun diunjur melonjak tahun ini - Tengku Zafrul Perdagangan Malaysia-Jepun diunjur melonjak tahun ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
Perdagangan Malaysia-Jepun diunjur melonjak tahun ini - Tengku Zafrul
Perdagangan Malaysia dengan Jepun dijangka melonjak tahun ini, didorong oleh pelaburan khususnya dalam sektor semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kata Tengku Zafrul.
![Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716531791_TengkuZafrul.jpg)
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.