KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengakui berlaku lambakan pekerja asing dalam negara, melebihi unjuran yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberitahu, mengikut unjuran Kementerian Ekonomi, angka pekerja asing yang sepatutnya berada di Malaysia adalah 2.4 juta.
Namun menurutnya, menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, angka semasa itu kini mencecah 2.7 juta orang.
"Mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Ekonomi, hanya 15 peratus pekerja asing dibenarkan berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja.
"Sekarang ini, kita sudah melangkaui jumlah pekerja asing di negara ini, berlaku lambakan. Sepatutnya unjuran dalah 2.4 juta, namun dengan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, setakat ini sudah 2.7 juta pekerja asing yang berada di negara ini secara fizikal," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).
Justeru, Mustapha berkata, kerajaan perlu memikirkan mekanisme sesuai untuk memastikan penggunaan teknologi baharu, automasi selain melahirkan bakat-bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri.
Terdahulu, menjawab soalan asal Yusuf Abdul Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai jumlah pekerja binaan asing yang tertunggak untuk sektor pembinaan dan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tunggakan itu, beliau memberitahu, sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 1,136,022 kuota penggajian pekerja asing telah diluluskan.
Daripada jumlah tersebut, jelasnya, sebanyak 359,989 kuota yang melibatkan 2,449 majikan, atau 31.68 peratus daripada keseluruhan kuota yang diluluskan adalah bagi sektor pembinaan.
"Unjuran keperluan pekerja asing bagi sektor pembinaan oleh Agensi Kawal Selia semasa pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing adalah sebanyak 301,000.
"Dalam hal ini, sehingga 9 Oktober lalu, data kemasukan pekerja asing bagi sektor pembinaan yang diperolehi daripada Kementerian Dalam Negeri adalah seramai 222,230 orang," tambahnya.
Beliau turut menjelaskan peranan Kementerian Sumber Manusia dalam proses penggajian pekerja asing ini adalah dari aspek menerima permohonan, memproses permohonan dan kelulusan kuota sementara kemasukan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Umavathi Ramayah
Thu Oct 19 2023
Mustapha Sakmud memberitahu, mengikut unjuran Kementerian Ekonomi, angka pekerja asing yang sepatutnya berada di Malaysia adalah 2.4 juta. - Foto Japen
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.