KUALA LUMPUR: Perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.28 billion dI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran salah seorang peguam beliau menjalani kuarantin.
Media dimaklumkan Harvinderjit Singh terpaksa menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Memandangkan beliau juga mewakili Najib dalam prosiding berkaitan SRC International di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 6 Mei ini, seorang lagi peguam bela beliau, Muhammad Farhan Muhamad Shafee mengesahkan kepada media, ia juga perlu ditangguhkan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah itu sepatutnya diteruskan dengan saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abd Rahman, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, menyambung keterangannya.
Kali terakhir berlangsung pada 11 Mac lepas, perbicaraan itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Najib dan pasukan pembelaan untuk melalui prosiding rayuan di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan dana RM2.28 bilion untuk diri sendiri, serta 21 pertuduhan penyelewengan melibatkan dana yang sama.
Beliau sebelum ini telah disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan dana, dan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas semua pertuduhan.
Bagaimanapun, beliau telah diberikan penangguhan hukuman (stay of execution) sementara proses rayuan berlangsung.
Firdaus Azil
Mon May 03 2021

Media dimaklumkan Harvinderjit Singh terpaksa menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.