Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengeluarkan perintah tahanan reman selama 14 hari bermula hari ini ke atas 19 warga asing yang terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam, semalam.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membolehkan kesemua yang terselamat itu termasuk seorang wanita disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan memasuki dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan.
Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), siasatan pihaknya akan turut meliputi Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sekiranya didapati ada dalam kalangan 19 yang direman itu merupakan tekong bot berkenaan.
"Sehingga kini kita masih belum dapat pastikan sama ada ada antara mereka yang terselamat ini merupakan tekong bot berkenaan. Jika ada, selain siasatan di bawah Akta Imigresen kita juga akan jalankan siasatan mengikut Seksyen 26J iaitu bagi kesalahan mengangkut migran yang diseludup," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Setakat ini, mayat 13 wanita dan 2 lelaki ditemui manakala 19 lagi termasuk seorang wanita terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Sabak Bernam pagi semalam.
Bot sepanjang 12.192 meter itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.
Bernama
Fri Sep 04 2015
![19 mangsa bot karam terselamat direman 14 hari 19 mangsa bot karam terselamat direman 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441363182_mangsakaram.jpg)
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama 14 hari ke atas 19 warga asing yang terselamat dalam tragedi bot karam di Sabak Bernam. -fotoBERNAMA
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719368066_botkaram.jpg)
Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan
Seorang daripada dua nelayan yang masih hilang susulan insiden bot terbalik ditemukan 2 petang semalam.
![Seorang nelayan masih hilang dalam insiden bot terbalik di Pulau Indah Seorang nelayan masih hilang dalam insiden bot terbalik di Pulau Indah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719208834_nelayan.jpg)
Seorang nelayan masih hilang dalam insiden bot terbalik di Pulau Indah
Nelayan terbabit telah keluar ke laut menggunakan bot gentian kaca pada pukul 8 pagi dengan tidak memakai jaket keselamatan.
![Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719021916_tbkrunelayanhilang.jpg)
Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat
Keadaan cuaca yang buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.
![Mangsa terakhir bot karam di Jeram Long Menjawah ditemukan Mangsa terakhir bot karam di Jeram Long Menjawah ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718780575_tbMangsaterakhirJ.jpg)
Mangsa terakhir bot karam di Jeram Long Menjawah ditemukan
Mayat Rhuban Apparoo, 30, ditemui tidak bernyawa oleh orang awam pada jam 8.22 pagi, berhampiran Rumah Kejaman Neh Long.
![Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718710891_mayat.jpg)
Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas
Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Belaga, pada Ahad ditemukan lemas, 50 meter dari lokasi kejadian, tengah hari tadi
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
![Bot bawa PATI karam di Yaman, 49 maut, 140 hilang Bot bawa PATI karam di Yaman, 49 maut, 140 hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718146096_Refugeesmigrants.jpg)
Bot bawa PATI karam di Yaman, 49 maut, 140 hilang
Daripada 260 penumpang bot berkenaan, 145 merupakan warga Ethiopia dan 150 dari Somalia.
![Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712533195_ferry.jpg)
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
![Bot nelayan karam, lima mangsa selamat Bot nelayan karam, lima mangsa selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710987301_TBBOTKARAMjpg.jpg)
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
![Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709828339_botkaramkapit.jpg)
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.