KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 19 kes Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 melibatkan empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351), hasil survelan genomik secara berterusan sejak 24 Mei hingga hari ini (4 Jun).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan hari ini berkata empat kes baharu varian Delta, yang dahulu dikenali sebagai varian India adalah melibatkan tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur.
"Kesemua tiga kes di Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan, manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.
"Bagi 15 kes baharu varian Beta pula (varian South Africa) sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan," katanya.
Dr. Noor Hisham berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 138 kes, melibatkan 122 kes VOC dan 16 kes VOI.
Jumlah kes VOC yang dilaporkan adalah varian Beta, varian Alpha (dahulunya varian United Kingdom)varian Alpha, dan varian Delta, manakala VOI pula melibatkan varian Theta (varian Filipina); varian Eta (varian Nigeria); dan varian Kappa (varian India B.1.617.1).
"KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini dalam komuniti," katanya.
Pada 1 Jun lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan amalan mengenali varian COVID-19 mengikut negara ia mula ditemui akan dihentikan dan digantikan menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
Dr Noor Hisham berkata empat kes baharu varian Delta, yang dahulu dikenali sebagai varian India adalah melibatkan tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur. - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
KKM rangka super apps, tawar perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans
'Super apps' atau aplikasi mudah alih super akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap - KKM
Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap.
Perigi terapi ion tular: Dakwaan berkaitan aspek kesihatan perlu disokong bukti - KKM
KKM masih menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan perigi terapi ion di Ulu Sepri, Negeri Sembilan yang dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.