KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sehingga jam 11 pagi hari ini, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.
Jelasnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.
"KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya," kata Khairy.
Beliau berkata demikian semasa sidang media di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
"Kami (KKM) memahami isu ini, keutamaan dalam kita menyelamat mangsa banjir ini adalah untuk usaha menyelamatkan mereka.
"Kadangkala, memang tidak dapat dielakkan beberapa perkara yang sepatutnya dibuat dalam langkah kesihatan awam, ia tidak dapat dipatuhi," tambahnya.
Beliau pada masa sama memaklumkan terdapat 206 kes kontak rapat COVID-19 dan individu-individu berkenaan telah dipindahkan ke PPS khusus, PKRC, stesen kuarantin atau ke hospital.
Menurut Khairy, KKM telah bersiap-sedia dengan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes COVID-19 disebabkan beberapa langkah kesihatan awam yang memang tidak dapat dipatuhi akibat banjir.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah memaklumkan kepada semua negeri untuk mempertingkatkan sistem kesihatan awam susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 20 2021
Menurut Khairy, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Banjir: "Lumpur tebal sampai paras lutut" - Khairulaming, Azfarheri bergabung cuci rumah mangsa
Pada saat ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir di sekitar ibu kota, dua orang influencers, Khairulaming dan Azfarheri juga tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan.
[KOLUMNIS] Banjir: Birokrasi dan protokol punca kelewatan hulurkan bantuan?
Sememangnya pelbagai pihak agensi penguatkuasa telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan tenaga pekerja membantu mangsamangsa banjir di pelbagai tempat yang teruk dilanda banjir di 8 negeri.
181 kes positif COVID-19 dikesan di PPS, KKM tingkat kesiapsiagaan - Khairy
Sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.