IPOH: Lebih 18,000 liter minyak diesel bernilai RM50,334 dirampas dalam dua serbuan Op Tiris di kawasan perlombongan batu kuari di sekitar Ipoh pada Khamis.
Serbuan antara jam 11 pagi hingga 2 petang itu turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai pengurus dan pekerja syarikat.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan pertama berjaya menemui 12,000 liter cecair disyaki minyak diesel yang tersimpan dalam tiga skid tank di premis berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, bahan api itu disimpan bagi kegunaan jentera dan mesin bagi menjalankan aktiviti melombong batu kuarza sejak Jun tahun lalu.
"Hasil pemeriksaan kedua pula menemui 6,191 liter cecair minyak diesel berada dalam sebuah skid tank di premis berkenaan.
"Kedua-dua syarikat ini gagal mengemukakan sebarang Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel setelah diarahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu telah ditahan untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
Katanya, KPDN akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mempergiatkan serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang barang kawalan di seluruh negeri bagi mengelak berlakunya ketirisan.
"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyalahgunaan barang-barang kawalan ini.
"Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023

Pegawai dan anggota KPDN Perak melakukan pemeriksaan ke atas skid tank yang disyaki menyimpan minyak diesel bersubsidi. -Foto KPDN Perak

Tergamak buang mayat bayi dalam mangkuk tandas stesen minyak
Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya. #AWANInews

PM Thailand diuji usul tidak percaya
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, berdepan usul tidak percaya di parlimen, dengan pembangkang mempertikaikan prestasi ekonomi serta pengaruh bapanya, Thaksin.

Gara-gara bakso hangus wanita maut dicekik teman lelaki, ditemui tinggal rangka
Mangsa dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar kecil mengenai bakso goreng yang hangus.
AWANI Pagi: Tips pemakanan sihat ketika Aidilfitri
Aidilfitri hampir tiba, tapi risau terlebih makan? Macam mana nak makan sedap tapi kekal sihat? Jom ikuti perkongsian #AWANIPagi bersama Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dari Universiti Putra Malaysia untuk tips pemakanan terbaik sempena Hari Raya!
AWANI Pagi: Pengorbanan jaga anak syurga hidap Cerebral Palsy
AWANI Pagi menyelusuri kisah perjalanan pasangan yang mempunyai anak menghidap Cerebral Palsy sejak usia lapan bulan dan kini telah berusia 17 tahun. Ikuti kisah pengorbanan ini dan mengambil semangat Ramadan untuk kita bermuhasabah diri.

Jersi KL City kalahkan JDT bernilai RM2,222
Baksniika mendedahkan berjaya membida jersi milik bekas penyerang Harimau Malaya itu dan memenanginya dengan harga RM2,222.

MCMC akan selesaikan masalah capaian internet lemah di Ayer Kuning - Exco
Pihaknya menerima pelbagai aduan termasuk pemakluman daripada Menteri Besar berhubung masalah berkenaan, khususnya di sekitar kawasan kampung.

Harimau Malaya buru kemenangan besar
Ini misi dilaungkan Presiden FAM Mohd Joehari kepada skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang akan menentang The Gorkhalis.

PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, umum pilihan raya awal akan diadakan pada 28 April ini.

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung turun tiga sen
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.

Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.

Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.