SEREMBAN: Tujuh belas tarekat masih beroperasi di Negeri Sembilan daripada 18 yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
Pengerusi Gabungan Tareqat Berdaftar Negeri Sembilan (G-TARIQ) Dr Muhammad Firdaus Abdul Manaf berkata penutupan melibatkan hanya melibatkan pusat pengamalan tarekat iaitu Pusat Pengamalan Tareqat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di bawah pimpinan Tuan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad di Lot 3263, Jalan Labu, Batu 8, Kampung Jawa, Labu, Seremban.
"Baki 17 tarekat yang lain masih beroperasi seperti biasa, diiktiraf oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMKNNS), Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan. Ini selaras dengan peruntukan Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
"Penutupan ini bukan bermaksud pembatalan pendaftaran tarekat ini serta-merta, tetapi bagi memastikan siasatan lanjut dilakukan dengan teliti, adil dan berhemah mengikut prosedur dan lunas undang-undang yang diperuntukkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata ia menunjukkan tindakan kawal selia tarekat yang proaktif dilakukan oleh pihak JMKNNS melalui Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ini berfungsi dengan baik dan berintegriti.
Beliau meminta semua pihak bertenang serta tidak menjadikan isu ini polemik mengundang perdebatan serta mencetus ketidakharmonian dalam masyarakat.
"Kita perlu merujuk kepada pihak autoriti agama apabila berhadapan dengan sebarang konflik dan kontroversi. Semua pihak seharusnya memahami bidang kuasa masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Tindakan kawal selia tarekat yang proaktif dilakukan oleh pihak JMKNNS melalui Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ini berfungsi dengan baik dan berintegriti. - Gambar hiasan
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

17 tarekat masih beroperasi di N. Sembilan
Tujuh belas tarekat masih beroperasi di Negeri Sembilan daripada 18 yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

TPM seru kumpulan tarekat disusun atur agar lebih dinamik dan progresif
Setiap kumpulan tarekat di Malaysia digesa disusun atur supaya bukan sahaja menepati hak ilmu tetapi lebih dinamik dan progresif dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.

Tarekat: Perlu perincian untuk elak kekeliruan - Jamil Khir
Pihak berkuasa agama di negara ini perlu mengeluarkan butiran terperinci mengenai kumpulan tarekat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Taksub tarekat: 'Siapa hendak jaga anak dan isteri?' - Pendakwah bebas
Banyak kumpulan tarekat di negara ini dilihat lebih memuja dan taksub kepada ketua mereka semasa melakukan ibadah zikir berbanding Allah.