Seramai 17,196 bayi warga Sarawak yang dilahirkan dari 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini layak menerima RM1,000 di bawah Tabung Endowmen Sarawak (EFS), kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13,538 bayi atau 79 peratus daripadanya telah didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing untuk memohon EFS.
"Jumlah yang sudah ada akaun EFS di Bank Islam ialah seramai 12,184 bayi atau bersamaan 90 peratus (daripada 13,538 bayi yang sudah memohon EFS hingga 31 Julai lepas)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan EFS di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini, pada Rabu.
Pada majlis itu juga Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK) dan "Kenyalang Gold Card" (KGC) Bahagian Kuching, Sri Aman dan Lawas turut disampaikan.
Fatimah berkata ibu bapa rakyat Sarawak juga mempunyai tempoh selama setahun untuk memohon EFS bagi bayi mereka yang lahir di negeri lain atau di luar negara.
Borang permohonan EFS itu katanya boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak serta permohonan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.
Fatimah berkata dana RM1,000 itu tidak dibenarkan dikeluarkan dari bank sehingga anak berkenaan berusia 18 tahun.
"Selepas tempoh matang 18 tahun, baharulah EFS boleh dikeluarkan bersama kadar faedah 4.2 peratus untuk kegunaan bayi terbabit yang sudah tamat persekolahan ketika itu untuk melanjutkan pengajian atau modal kecil memulakan perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
Dana RM1,000 itu tidak dibenarkan dikeluarkan dari bank sehingga anak berkenaan berusia 18 tahun.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
17,196 bayi Sarawak lahir tahun ini layak terima RM1,000
Seramai 17,196 bayi warga Sarawak yang dilahirkan dari 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini layak menerima RM1,000 di bawah Tabung Endowmen Sarawak (EFS).