KUALA LUMPUR: Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat 8 Mac 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.
Katanya, Pahang mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 15,521 individu divaksin, diikuti Selangor (15,357); Johor (13,746); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13,681); Sabah (13,474); Kelantan (13,149); dan Perak 12,952 individu.
“Negeri yang mencatatkan jumlah bawah 10,000 pula termasuk Kedah iaitu 9,358 individu, diikuti Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487) dan Negeri Sembilan 5,981 individu.
“Lain-lain negeri masih mencatatkan jumlah di bawah 5,000 orang iaitu Melaka sebanyak 4,411; Perlis (3,062); Wilayah Persekutuan Putrajaya (92,573); dan Wilayah Persekutuan Labuan 2,259 individu,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, setakat jam 8 pagi pada Selasa, seramai 4.2 juta rakyat telah berdaftar sebagai penerima vaksin berbanding 3.8 juta orang, semalam.
PICK 2021 mula dilancarkan pada 24 Februari lalu dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Dr Noor Hisham menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Fauzi Suhaimi
Tue Mar 09 2021
![166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham 166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614248597_HishamAbdullah.jpg)
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu. - Gambar BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673360778_KementerianKesihataN.jpg)
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
![Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51593767953_AEDES.jpg)
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676348760_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
![Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675392448_WHOExecutiveBoard.jpg)
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
![Kes denggi catat penurunan minggu lepas Kes denggi catat penurunan minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673081974_AEDES.jpg)
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
![Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19 Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674727420_COVID.jpg)
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
![KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41590053292_DatukDrNoorHisyam.jpg)
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
![Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660571321_DatukDrNoorHisham.jpg)
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
![Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663249379_NajibRazak.jpg)
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.