KUANTAN: Polis Pahang dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, berjaya menumpaskan satu sindiket mengumpul diesel bersubsidi tanpa lesen dalam serbuan di satu gudang berhampiran kawasan perindustrian Semambu, Kuantan pada Sabtu petang.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Razak Mohd Yusoff berkata, hasil risikan kira-kira tujuh hari di kawasan perindustrian itu pihaknya telah menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 4.10 petang.
Pemeriksaan lanjut mendapati lori itu mempunyai tangki segi empat di bahagian belakang yang dipercayai digunakan untuk menyimpan diesel bersubsidi dibeli dari beberapa stesen minyak sekitar Kuantan.
"Soal siasat dilakukan terhadap pemandu dan kelindan lori itu mendapati mereka tidak memiliki surat kebenaran untuk membeli diesel tersebut.
"Mereka kemudiannya membawa pasukan serbuan ke sebuah gudang di Semambu yang dijadikan lokasi pengumpulan semua diesel dibeli sindiket terbabit.
"Ketika serbuan di gudang itu, pihak kami berjaya menahan 14 lagi lelaki, termasuk seorang suspek yang mengaku pemilik gudang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Abd Razak berkata, antara barang rampasan dalam operasi serbuan itu adalah minyak diesel sebanyak 19,400 liter dianggarkan bernilai RM41,710; 40 tangki segi empat bernilai RM60,000; tiga buah lori dianggarkan bernilai RM85,000 dan enam kereta pelbagai jenis bernilai kira-kira RM313,500.
"Kita juga merampas dua set penyedut minyak dan 'flow meter' bersama hos, satu unit genset dan 16 unit telefon bimbit pelbagai model.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM582,550 dan semua suspek berusia antara 18 hingga 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat oleh KPDNHEP mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
JIka sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta sekiranya bukan perbadanan dan penjara 3 tahun bagi kesalahan pertama dan tidak kurang RM3 juta sekiranya perbadanan.
Mohd Zalani Md Atan
Sun Sep 04 2022
![16 lelaki ditahan terlibat aktiviti simpan diesel tanpa lesen 16 lelaki ditahan terlibat aktiviti simpan diesel tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662275728_rampasandieselKua.jpg)
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM582,550 dan semua suspek berusia antara 18 hingga 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Foto PDRM
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel di Port Dickson, Seremban KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel di Port Dickson, Seremban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694599057_SelewengdieselPor.jpg)
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel di Port Dickson, Seremban
Turut dirampas dua lori, tangki minyak serta pam minyak menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM98,145.
![KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000 KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689179915_TBSELEWENGDIESEL.jpg)
KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000
Dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
![Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689173034_TBMARINRAMPAS.jpg)
Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai
Polis besemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.
![KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687342854_TBdisel.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng
Rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan.
![KPDN Perak patahkan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi, rampasan lebih RM700,000 KPDN Perak patahkan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi, rampasan lebih RM700,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672986498_TBSELEWENGDIESEL.jpg)
KPDN Perak patahkan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi, rampasan lebih RM700,000
KPDN Perak berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan lori tangki bekalan minyak sawit.
![16 lelaki ditahan terlibat aktiviti simpan diesel tanpa lesen 16 lelaki ditahan terlibat aktiviti simpan diesel tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662275728_rampasandieselKua.jpg)
16 lelaki ditahan terlibat aktiviti simpan diesel tanpa lesen
Polis merampas 19,400 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM41,710 dari sebuah premis di Kawasan Perindustrian Semambu.