Kira-kira 150 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran kira-kira pukul 1.15 petang tadi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan tersebut yang merebak ke rumah berdekatan.
Angin kuat dan cuaca panas menyebabkan api marak begitu cepat sehingga ada penduduk yang tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan barangan mereka.
Menurut pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nur Hafizah Mohamad Lukman, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.29 petang sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 1.40 petang.
Pihaknya dengan kekuatan 36 anggota dan empat jentera berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut Hafizah, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan.
Beliau berkata jumlah rumah yang terlibat besar disebabkan kedudukan rumah yang terletak rapat antara satu sama lain.
Ini kejadian kedua yang membabitkan perkampungan nelayan itu. Dalam kejadian 2010 lalu, lebih tujuh puluh buah rumah dilaporkan musnah.
Astro Awani
Fri Apr 17 2015

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan tersebut yang merebak ke rumah berdekatan. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

150 buah rumah di perkampungan nelayan Langkawi musnah dijilat api
Kira-kira 150 rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran dekat Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.