PAPAR: Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja, kini pada tahap 82 peratus pembinaan dan dijadual siap sepenuhnya pada Januari 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata tiga daripada pakej berkenaan kini telah siap dan boleh digunakan.
"Bagi 19 pakej Fasa 1B...pakej masih belum bermula dan dijangka akan ditender pada suku keempat 2023 setelah Makmal Pengurusan Nilai dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tapak projek Menaik Taraf Jalan Donggongon ke Papar Spurs Fasa 2 dan 3 dan Pakej Kerja 04 (Bongawan ke Papar) LPB Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.
Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.
Mengulas lanjut, Alexander berkata kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah sebanyak RM6.503 bilion.
"Peruntukan berkenaan untuk membina jambatan cerun dan sebagainya. Sebanyak RM2.23 bilion daripada peruntukan ini adalah untuk LPB Sabah dan kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju menambah peruntukan untuk menyelesaikan isu jalan raya di Sabah," katanya.
Sementara itu, beliau berkata antara lain tujuan lawatan kerja ke Sabah adalah untuk berbincang dengan pihak Kementerian Kerja Raya di Sabah mengenai program Kembara Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke LPB di Sabah dan Sarawak bulan depan.
"Oleh itu, saya mahu Kementerian Kerja Raya khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah membuat tinjauan di semua jalan yang bakal dilalui Kembara Borneo berkenaan agar program berjalan lancar," tambahnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kempen MYJalan, Alexander berkata ia akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
Menurutnya kempen tersebut bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jeti Tasik Awam, Tasik Banding, Perak pada 24 Ogos ini.
"Kempen MYJalan akan membuka ruang dan peluang kepada pengguna membuat aduan secara khusus berkaitan jalan raya, selain memberi pendedahan serta kefahaman kepada rakyat mengenai jenis jalan dan tanggungjawab pihak berkaitan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

Alexander berkata kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah sebanyak RM6.503 bilion. - Gambar Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Perbelanjaan selenggara Jalan Persekutuan 22 RM7.71 juta dari 2023 hingga 2025
Pecahan perbelanjaan penyelenggaraan bagi Jalan Persekutuan 22 di Sandakan adalah termasuk kerja kerja pavemen, pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, perabot jalan, jambatan dan culvert.
![[KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi [KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741180772_TBPLUSSESAK.jpg)
[KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi
KKR melalui Jabatan Kerja Raya memantau sebanyak 1,975 projek fizikal pembinaan dengan jumlah keseluruhan kos projek bernilai RM75.98 bilion.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.