Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-57 dimulakan dengan program Doa Untuk Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka pada Jumaat.
Majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berusaha untuk mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa demi keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.
Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diikuti solat sunat hajat yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Tidak kurang dengan itu, majlis turut dimeriahkan dengan alunan selawat dan qasidah oleh Syeh Abdul Qadir Abdul Rahman As Seggaf.
Majlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan julang kali dianjurkan itu dihadiri hampir 15,000 warga kota.
Bagi anak muda yang hadir pada majlis Doa Untuk Malaysia, program sebegini wajar diteruskan.
“Kalau setiap tahun macam ni, negara Malaysia akan lebih aman dan diberkati kerana kita minta terus pada Tuhan… (jadi) benda-benda pelik akan dapat dikurangkan. Sepatutnya setiap tahun diadakan," Mohd Izzudin Mohd Hamdi.
Bagi Mohd Aiman Hakim pula, dia mengharapkan program ini diperluaskan lagi.
"Kita sepatutnya lebihkan untuk Maulid… siapalah kita, sebab Nabi selalu memikirkan umat (tetapi) kita jarang memikirkan tentang Nabi.
“Ada satu hadis daripada Nabi... “Orang yang akan diutamakan denganku pada hari akhirat kelak ialah orang yang berselawat untukku.” Jadi bagi saya sepatutnya setiap negeri anjurkan program seperti ini," katanya.
Tidak kurang dengan itu, seorang lagi anak muda, Mazura Mansor menganggap program ini mampu menarik lebih ramai anak muda untuk menjayakannya.
"Dengan cara ini… (ia) boleh memanggil serta menarik anak-anak muda untuk terus mendekati majlis-majlis Rasulullah yang dah kurang… tetapi (sekarang) dah (mula) naik balik. Sangat bagus,” katanya.
Majlis bacaan doa untuk Malaysia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Hilal Azmi
Sat Aug 16 2014
Berdoa demi keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
Video tersebut tak ada sangkut paut dengan saya - Sanusi
Beliau berkata, video tular yang memaparkan sambutan yang dikaitkan dengan dirinya itu adalah tidak benar.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.