KEPALA BATAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang merekodkan 135 kes penderaan kanak-kanak di negeri itu dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Pengarahnya, Zakaria Taib berkata, berdasarkan statistik, 88 kes atau 65.2 peratus adalah penderaan seksual, manakala 39 kes (28.9 peratus) penderaan fizikal, selain lapan kes (5.9 peratus) penderaan emosi.
Beliau berkata, statistik berkenaan mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Katanya, antara faktor peningkatan dipercayai disebabkan gangguan emosi ibu bapa yang mungkin berdepan masalah kewangan, selain hilang pekerjaan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.
"Kita nampak statistik hingga Ogos 2022 ini meningkat sedikit berbanding tahun lepas.
"Antara faktor yang menyebabkan peningkatan ini... kalau dulu mungkin PKP, jadi kanak-kanak dengan ibu bapa... saya rasa mungkin emosi ibu bapa terganggu dengan tidak ada pendapatan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Darus.
Program tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan serta perlindungan kepada kanak-kanak mengenai jenayah seksual dalam talian.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, pihaknya turut memandang serius mengenai jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak dan berharap ia dapat dibanteras .
Jelasnya, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak semakin meningkat terutamanya melibatkan kesalahan pornografi kanak-kanak yang melibatkan perkongsian dan capaian kepada bahan berkenaan.
Katanya, semua pihak perlu memandang serius kesan buruk penggunaan gajet dan penyalahgunaan media sosial yang menyumbang kepada kes jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.
"Ibu bapa perlu peka dan mengawal penggunaan gajet bagi mengelakkan perkara ini berlaku, misalnya menetapkan penggunaannya mengikut jadual.
"Kanak-kanak perlu diberi kefahaman berkenaan penggunaan media sosial secara bijak dan selamat serta pendedahan mengenai bahaya penggunaannya yang tidak terkawal," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 08 2022

Berdasarkan statistik, 88 kes atau 65.2 peratus adalah penderaan seksual, manakala 39 kes (28.9 peratus) penderaan fizikal, selain lapan kes (5.9 peratus) penderaan emosi. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri
Tindakan itu diambil selepas wujud kebimbangan mengenai kes penderaan domestik yang mungkin akan meningkat sepanjang tempoh PKP