TAPAH: Sekumpulan 13 pendatang yang cuba meminta perlindungan dari seorang penjaga kebun jambu di Kampung Senta di sini selepas meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, memberi alasan mereka ditipu sindiket pekerjaan.
Bagaimanapun alasan itu tidak mengaburi mata penjaga kebun warga Indonesia yang dikenali sebagai Ali, 40-an, yang melaporkan mereka kepada pihak Jabatan Imigresen.
Ali yang telah lebih 10 tahun bekerja di ladang seluas 80.9 hektar (200 ekar) itu berkata ketika dia sedang bekerja di kebun jambu itu, beliau disapa salah seorang pendatang berkenaan.
"Mereka kata, mereka kena tipu kerja, mereka lapar, mereka mahu berlindung dari hujan. Hanya ada seorang yang pandai berbahasa Melayu.
"Saya tahu mereka memang tahanan yang dicari, jadi saya bagi mereka makan, minum, bagi masuk rumah dulu sebelum laporkan kepada imigresen," katanya ketika ditemui pemberita di kebun itu di sini petang ini.
Terdahulu 13 pendatang berkenaan ditahan polis, ketika sedang berlindung di sebuah rumah kongsi di sini hari ini.
Penahanan itu menjadikan tangkapan setakat ini 39 orang dan baki 92 lagi masih diburu.
Terdahulu 131 pendatang tanpa izin yang terdiri daripada 115 Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang Bangladesh, melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor dua hari lepas.
Bagaimanapun, seorang lagi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.
Sementara itu, pihak media yang mengikuti pihak berkuasa untuk menahan sekumpulan 13 pendatang tanpa izin itu di kebun jambu berkenaan, terpaksa berjalan kaki meredah lumpur dan anak sungai untuk sampai di lokasi berkenaan.
Ini kerana laluan ke kebun itu bukan sahaja berlumpur tetapi perlu melalui anak sungai yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.
Apabila tiba di lokasi, kesemua pendatang berkenaan ditempatkan di satu kawasan lapang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024

13 pendatang telah ditahan polis ketika sedang berlindung di sebuah rumah kongsi di Tapah hari ini. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi
Kesemua warga asing berada dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman mencukupi.

Empat bas persiaran berhawa dingin untuk penghantaran pulang pendatang di Sabah
Perjalanan yang selesa untuk proses penghantaran pulang 157 pendatang dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Sandakan pagi ini.

13 pendatang bagi alasan ditipu sindiket pekerjaan ketika minta perlindungan
Alasan itu tidak mengaburi mata penjaga kebun seorang warga Indonesia yang terus melaporkan mereka kepada pihak Jabatan Imigresen.

Ribuan pelarian Afghan berkumpul di sempadan susulan langkah Pakistan usir pendatang
Polis di selatan Karachi dan wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa juga mula menangkap warga Afghanistan tanpa izin pada Rabu.

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.

Seorang rakyat Palestin terbunuh selepas serangan pendatang Israel di Tebing Barat
Beratus-ratus pendatang Israel bertindak melancarkan serangan balas di Tebing Barat pada malam Ahad.

Lima maut, hampir 700 pendatang diselamatkan di pesisir pantai
Insiden berlaku ketika aliran pendatang yang melintasi Laut Mediterranean meningkat akibat keadaan laut.

Lebih 100 pendatang diselamatkan di Pulau Mykonos, empat hilang
Operasi menyelamat berskala besar pendatang sedang dijalankan di dua batu di selatan Pulau Delos.

Bayi baru lahir diselamatkan menyeberangi Selat Inggeris
Ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Aayan, turut berada di atas bot berkenaan.

COVID-19: Majikan digesa tidak ambil pendatang tanpa izin
Pengambilan kerja golongan tanpa saluran yang sah boleh membahayakan keselamatan negara dan kesihatan rakyat.