Sebanyak 13 keluarga yang terdiri daripada 31 penduduk di dua buah kampung di sekitar Kuala Muda dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda awal pagi tadi berikutan fenomena air pasang.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata pihaknya bergegas ke Kampung Kepala Jalan sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
"Air didapati setinggi kira-kira 0.3 meter yang bergenang di atas jalan raya dan turut memasuki rumah penduduk.
"Di situ seramai enam keluarga melibatkan 19 mangsa yang terjejas namun tiada pusat pemindahan yang dibuka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kira-kira pukul 3.30 pagi, pihaknya menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan mengenai banjir kilat yang berlaku di Kampung Sungai Pial, Bedong yang melibatkan 12 mangsa daripada tujuh keluarga.
"Pemerhatian mendapati banjir kilat ini dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang bermasalah," katanya dan menambah keadaan kini kembali pulih. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
Ombak besar di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah pada September lalu. - Gambar fail / Astro AWANI
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.
Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.
Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.
APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menafikan pintu Empangan Sungai Sembrong di Batu Pahat dibuka susulan banjir kilat berlaku di Sri Gading seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan
Paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan.