PUTRAJAYA: Kementerian Luar berjaya mengenal pasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata mereka adalah antara sejumlah 134 orang mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia.
"Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh polis Filipina semasa operasi serbuan ke atas POGO pada 27 Jun lepas," kata kenyataan itu.
Kementerian berkata hasil lawatan konsular yang telah diadakan ke atas mangsa-mangsa warganegara Malaysia mendapati kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut terdapat beberapa isu logistik dan kebajikan yang sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesemua mangsawarganegara Malaysia berada dalam keadaan terbaik.
Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Kementerian Luar berkata mereka adalah antara sejumlah 134 orang mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
127 warganegara Malaysia dikenal pasti mangsa sindiket POGO di Filipina
Kementerian Luar berjaya mengenalpasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO).
Filipina tutup 175 syarikat judi pesisir, hantar pulang 40,000 pekerja China
Tindakan itu tercetus susulan laporan pembunuhan, penculikan dan jenayah lain yang dilakukan warga China terhadap warga China lain.